Pages

Tuesday, November 23, 2010

SEKILAS.... diet

SUP SAYURAN dengan sedikit tambahan protein sbg perencah membantu anda merasa kenyang untuk beberapa jam.

2 GENGGAM BADAM sudah cukup utk membekalkan magnesium kpd tubuh sekali gus dpt mengurangkan 1/3 drpd masalah kembung perut.

TEH TIDAK SESUAI DIMINUM sewaktu makan ataupun sebaik sahaja selesai makan kerana ia akan mempengaruhi penyerapan zat besi dan kalsium.

PENGAMBILAN KANDUNGAN GULA yg tinggi dlm makanan biarpun minuman seharian akan menyumbangkan kpd penambahan berat badan secara mendadak dlm tempoh masa yg singkat.

Sebelum makan sesuatu, selalu pastikan anda dlm keadaan yg benar2 lapar tetapi bukan sekadar untuk menghentikan nafsu makan.

ANDA DIGALAKKAN MAKAN SAYURAN SEBELUM hidangan lain dan cuba memanjangkan waktu makan anda supaya rasa kenyang dpt ditimbulkan sebelum terambil makanan yg lebih.

GANTIKAN MAKANAN2 RINGAN dgn buah-buahan atau roti gandum. Ini kerana badan kita memerlukan masa yg lebih panjang dlm mencerna makanan yg tinggi seratnya.

COMPLEX CARBOHYDRATES: Kanji seperti biji-bijian, nasi, roti, pasta, sayur-sayuran, dan kekacang. Semasa proses pencernaan, kanji dipecahkan kpd gula dan digunakan oleh badan untuk memberikan tenaga.

ENRICHMENT FOOD: Tambahan thiamin, niacin, riboflavin dan zat besi kpd produk roti dan bijirin yg diproses.

FAT: LEMAK. Sebatian pepejal atau separuh pepejal tidak larut air yg merupakan salah satu drpd 3 nutrien makro ( menyumbangkan kalori) dlm makankan. Apabila ia betul2 berpecah di dlam badan, satu gram lemak menyumbangkan 9 kalori.

HIGH-DENSITY LIPOPROTEIN (HDL) : HDL dianggap sbg kalestrol 'baik'. Ia bertanggungjawab mengembalikan kalestrol dan 'triglycerides' (lemak) drpd sel dan saluran darah ke hati.

NATURAL FOODS: Makanan yg diproses secara minimum dan tidak mengandungi pewarna, perasa, pengawet dan pemanis.

RECOMMENDED (DAILY) DIETARY ALLOWANCES (RDAS): Kadar nutrien yg disarankan oleh 'American Food and Nutrition Board of the National Academy of Sciences', bagi pengambilan diet harian oleh seseorang individu yg sihat berdasarkan kpd jantina dan umur.

VITAMIN: Salah satu kumpulan sember organik yg penting dlm kuantiti yg kecil. Vitamin perlu diambil melalui makanan kerana badan tidak mengeluarkan vitamin sendiri.

Minuman yg panas dpt memberi rasa kenyang. Jadi, semasa rasa lapar, minumlah teh panas tanpa gula. Teh ini bukan sahaja rendah kalorinya bahkan dpt mengusir rasa lapar.   

No comments:

Post a Comment