Pages

Monday, March 14, 2016

Jenis-jenis Meroyan

Info yang boleh memberi manfaat kepada pasangan yang bakal menimang cahaya mata....

JENIS-JENIS MEROYAN

1. MEROYAN API

- ibu akan menjadi bengis, baran, cepat marah sampai ketahap menjerit- jerit dan lupa diri. (Ensiklopedia Perbidanan Melayu)

- ada keadaan di mana sang ibu memghempas dan membaling anak yang tidak berhenti menangis.

- saya pernah dihubungi seorang ibu yang kecewa dengan dirinya kerana sejak dia melahirkan anak, setiap kali dia memarahi suami, habis pinggan mangkuk pasu kacanya pecah dibaling meskipun hanya disebabkan perkara2 yang kecil. Contohnya; lupa angkat kain baju jemuran yang ditimpa hujan

- mudah naik tangan dan kaki terhadap anak2 kecil yang lain atas kesilapan yang kecil. Ibu yang sihat akan mampu bersabar meskipun anak2 buat perangai. Kalau marah pun marah yang tidak mencederakan. Sekadar marah mulut. Tetapi ibu yang meroyan, even anak buat benda sikit pun si ibu mudah mengamuk2 dan kadang2 buat benda yang mencederakan anak.

- mood swing yg ketara. Tengah bergelak suka, dan bila ada yang tidak berkenan boleh mendadak menengking orang dalam sekelip mata.

- perbezaan dari sifat anak dara atau sebelum bersalin sangat2 ketara. Dulu masa anak dara tak reti marah, sebelum bersalin sangat penyayang, akan tetapi lepas bersalin si ibu cepat melenting dan bengis.

- lebih ketara bila dalam keadaan haid kerana ketika haid hormon wanita banyak digunapakai.

- bila dalam keadaan meroyan si ibu jadi lupa diri. Bila dah reda dia tak ingat dia pernah marah atau pukul anak melainkan ada orang yg beritahu.


2. MEROYAN KENTUNG

- Ibu menjadi murung, hiba, sayu, mudah menangis, perasa dan adakalanya kelihatan seperti bodoh sehingga berlarutan. Kadang2 mereka tidak dapat bezakan antara anak dengan bantal (Ehsan Ensiklopedia Perbidanan Melayu)

- Pengalaman saya, selepas kematian anak saya menjadi seperti bangkai bernyawa. Tidak mampu lelapkan mata teringatkan arwah.
Berjalan 24 jam sekeliling rumah bermula 10mlm sehingga subuh tanpa sedar.
Kadang2 sedang ketawa pun air mata tiba2 merembes keluar dan saya boleh menangis secara spontan

- Pernah mengurut seorang pelanggan yang tiba2 mendodoi "anak" yang merupakan bantal sedangkan bayi beliau ada di sebelah beliau.

- Ada satu kes pelanggan ni tengah bercakap2 dengan saya tiba2 air mata beliau mengalir laju. Saya tanya kenapa menangis, dia cakap dia pun tak tahu kenapa dia sedih. Ibu saya bg signal mulut "meroyan."

- Meroyan jenis ini berlaku kebanyakkannya kepada ibu yang kehilangan anak. Baik selepas keguguran atau kematian anak selepas bersalin.

- Ada juga disebabkan oleh tekanan jiwa ketika dalam pantang. Buat ibu2 yang ditekan, disogok dan diasak dengan pelbagai tekanan seperti kematian ahli keluarga, suami yang buat hal, keluarga yang banyak perangai, etc.

- Sangat2 sensitif selepas bersalin sedangkan sebelum bersalin si ibu merupakan wanita yg sangat tenang.

- ada juga berlarutan bertahun2 lamanya.

- ibu yang mengalami meroyan kentung akan memasuki frasa major depression dan perlu bergantung sepenuhnya kepada pil penenang. Ada kes sehingga membunuh diri.


3. MEROYAN URAT

- Menurut Ensiklopedia Perbidanan Melayu, meroyan urat ialah keadaan dimana ibu mengalami ketegangan urat saraf sehingga sentiasa mengeraskan diri seperti mengalami kekejangan otot.

- Kejung urat ini selalu berlaku ketika cuaca sejuk, atau jika sang ibu tersilap makan benda2 yang bersifat sejuk.

- Kekejangan urat akan berlaku sekali sekala. Tetapi jika tidak diubati, lama kelamaan ia akan menjadi semakin kerap dengan kekejangan yang semakin extreme.

- Ini berlaku buat ibu2 yang melakukan kerja2 berat atau banyak menggunakan urat besar sejurus lepas bersalin. Ketiadaan rehat pada urat2 besar wanita mengakibatkan urat semakin tenat dan akhirnya mengalami kerosakan.


4. Meroyan Lendir.

- Menurut Ensiklopedia Perbidanan Melayu, antara simptom2 meroyan lendir ialah ibu sentiasa pucat, lesu, mata pudar, keguguran rambut dan badan menjadi susut.

- Semua wanita lepas bersalin akan merasa penat. Tetapi bg penghidap meroyan lendir, simptom2 di atas adalah terlalu extreme.

- Dari pengalaman say merawat pelanggan yang alami meroyan lendir ini, ibu kelihatan terlalu pucat dan kurus seperti penghidap pesakit kanser sedangkan mereka sihat luaran dalaman.

- Ada kes ibu yang kerap tertidur ketika bekerja. Dia merasa sangat2 letih dan tidak bermaya meskipun sudah cukup tidur dan senaman.

- Keguguran rambut yang extreme sehingga jika tanggalkan tudung pun rambut mudah lekang.

- istilah mata pudar ini adalah mata ibu tidak nampak bercahaya dan cergas. Layu dan mengantuk.

- ibu2 ini selalunya mengalami maslah dingin seks terhadap pasangan.

- antara penyebab utama berlakunya meroyan lendir ialah apabila darah kotor dan angin jahat di dalam tubuh tidak dikeluarkan sepenuhnya sepanjang tempoh berpantang.


5. MEROYAN TINGGAL

Ibu tiba2 asyik berleter, bercakap seorang diri dan mengambil peluang melarikan diri dari rumah. Ibu yang mengalami masalah begini mungkin tidak mahu bayinya sendiri. Dia sering tertawa, mengilai seperti dirasuk atau dalam kes yang teruk tidak mengenali suami sendiri (Ensiklopedia Perbidanan Melayu)

Dalam kes yg pernah saya jumpa, pelanggan saya merupakan seorang anak yg "dibuang" oleh ibunya sejak dalam pantang. Ibu beliau sehingga sekarang dalam keadaan tidak waras, membebel sorang2 dan suka berjalan keliling luar rumah.

Kesnya, ibu beliau menghadapi tekanan apabila bapa beliau berkahwin lain ketika isteri sedang sarat memgandungkan dia.

Pernah di kampung saya, seorang wanita yang kuat membebel dan kelihatan agak lucu. Bebelannya mampu didengar jiran2 sednagkan orang kampung tahu dia tinggal bersendirian.

Selalunya perubahan utk meroyan jenis ini agak nyata atau obvious...dan extreme. Dan akan berlaku selepas bersalin dan makin teruk dari hari ke sehari.

Ada tahap sehingga menjadi ganas. Dan meroyan jenis ini kebiasaanya ibu suka bersendirian dan melayan kata2 sendiri.


6. MEROYAN BULU

Ibu sentiasa seram sejuk, bulu roma sentiasa berdiri tegak dan adakalanya menggeleter kesejukkan sehinggan boleh menyebbakan kancing gigi. Adakalanya mereka kelihatan seperti kena sampuk (Ensiklopedia Perbidanan Melayu)

Jika berlarutan, ibu akan mula meghidap rheumatoid arthiritis atau keradangan sendi. Zaman dahulu arthiritis kebanyakkanya menyerang wanita yang putus haid. Tetapi zaman sekarang, sudah ramai ibu2 muda menghidp arthiritis.

Dari sudut perbidanan melayu, meroyan bulu ini berlaku apabila ibu banyak bermain air dan bersejuk2 ketika dalam pantang. Mencemuh amalan memakai stokin, berlama2 dibilik mandi, terlalu banyak ber air cond atau berkipas akan membuatkan badan diserang sejuk2 selepas tempoh berpantang.


7. MEROYAN KULIT

Ibu akan merasa gatal serta miang seluruh badan dan tergaru-garu seperti kelakuan kera. Akibat dari sering menggaru itu, seluruh badan seperti sedang mengalami sakit kulit (Ensiklopedia Perbidanan Melayu)

- Kadang2 bila saya jaga ibu2 dalam pantang, ada antara mereka sudah mengalami masalah kegatalan kulit ini. Orang panggil gegata. Itu tandanya darah kotor tak habis keluar jadi kekotoran itu keluar melaluu liang roma peluh.

- Keadaan ini boleh disurutkan dengan amalan mandi serum atau mandian air rebusan daun2 berubat dan wangi seperti pandan, serai dan yang paling penting SIREH.

- Kegatalan ini akan berterusan jika darah2 nifas tidak habis dikeluarkan sepanjang tempoh berpantang.


Info:
By Blessed Beauty Confinement

No comments:

Post a Comment