Pages

Tuesday, November 23, 2010

Istilah

ISTILAH... CANTIK

'ALLANTOIN': Ekstrak botani yg memulihkan dan menyamankan kulit. Digunakan di dlm krim dan persediaan yg bersesuaian untuk kulit.


ASTRIGEN : Penyegar yg membantu utk mengawal permukaan kulit berminyak dan menurunkan pH kulit selepas  kulit dibersihkan.


'BENZOYL PEROXIDE': Bahan anti bakteria yg biasanya digunakan utk merawat jerawat.


BETA KEROTINA: Pigmen tumbuhan berwarna jingga yg digunakan utk menghasilkan vitamin A.

'BLACKHEADS': Istilah yg digunakan utk menerangkan mengenai pori-pori yg tersumbat oleh minyak semula jadi kulit dan kotoran.


BOTOX: Nama komersial utk toksin 'botulinium'. Ia digunakan dlm jumlah yg kecil utk memberikan kesan kebas pada otot dan mengurangkan atau menghilangkan kedutan atau garis halus dgn selamat.



'CHAMOMILE': Sumber dari tumbuh-tumbuhan yg terbukti secara klinikal membantu mencegah kulit memerah. Ia menjadikan kulit terasa nyaman dan selesa. Bertindak berkesan terhadap alahan.


HIDRAT: Untuk menambahkan kelembapan pada kulit.


HIDROKUINON: Agen pemutih yg digunakan dlm persediaan kosmetik utk mencerahkan dan memutihkan kulit.


JOJOBA: Tonik dan pelembap. Ia merawat kulit kering, kedutan dan tanda rekahan kulit (stretch marks).





KOLAGEN: Bahan semula jadi di dlm tisu badan. Ia boleh disuntik ke dlm kulit utk menganjalkan bahagian kulti tertentu.


KOSMETIK: Bahan atau campuran bahan utk disapukan,dilekatkan,dituangkan,dipercikkan atau disemburkan pada,diamsukkan dalam,dipergunakan pada badan atau bahagian badan manusia dgn maksud untuk membersih,memelihara,menambah daya penarik atau mengubah rupa dan tidak termasuk dlm kumpulan ubat.


MASKARA: Maskara digunakan utk mewarnai bulu mata agar lebih jelas,lebih panjang dan lentik. Ia boleh didapati dlm bentuk cairan dan krim yg berisi warna2 pilihan seperti hitam, biru dan coklat. Maskara didapati dlm bentuk botol yg dilengkapi dgn aplikator.


'MELANIN': Pigmen hitam yg ditemui pada rambut dan kulit.


MINYAK GERMA GANDUM: Ia membantu proses pembaharuan sel kulit normal. Digunakan dlm persediaan kosmetik kerana kandungan vitamin E nya tinggi.


MINYAK 'TEA TREE': Bahan pengawet semula jadi yg mengandungi unsur2 antiseptik dan membunuh kuman.


PABA: ASID 'PARA-AMINOBENZOIC'. Ditemui dlm vitamin B kompleks. Digunakan sbg bahan dlm beberapa produk pelindung matahari.


PH: PERATUS HYDROGEN. Digunakan untuk mengukur tahap keasidan dlm persediaan kosmetik.  
         

No comments:

Post a Comment