Pages

Monday, November 29, 2010

KETAHUI KESIHATAN UNTUK LELAKI

Biji Labu Rawat Prostat
-Biji labu sudah lama digunakan oleh pakar herba dan ahli naturopati untuk merawat masalah prostat. Keberkesanan herba itu dipercayai akibat kandungan asid lemak perlu yang tinggi,zink dan sterol tumbuhan. Gabungan kedua-dua herba iaitu 'saw palmetto' dan biji labu menghasilkan kesan yang baik, iaitu melegakan gejala yang dihadapi disebabkan oleh kesan sinergistiknya. Antara panduan kesihatan yang boleh diamalkan untuk kesihatan prostat adalah seperti meningkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran segar yang kaya dengan vitamin, mineral, pigmen tumbuhan serta fiber yang boleh membantu tubuh menyembuh secara semulajadi.

Apa Ada Pada Air Mani
-Penghasilan air mani menandakan bermulanya akil baligh pada remaja lelaki, ketika badan mula menyaksikan pertumbuhan dan perkembangan yang mendadak terutamanya di organ seksual. Ejakulasi biasanya bermula seawal 12 ke 13 tahun. Sebahagian daripada kita mentafsirkan air mani mengandungi sperma sahaja, anda salah. Sperma hanya mewakili 10% daripada hasil ejakulasi kita. 10% itu mewakili 200 juta hingga 500 juta sel sperma yang terhasil daripada produksi matang hormon androgen seperti testosteron, yang akan menambahkan pertumbuhan bulu badan dan penggarauan suara. Hanya satu sel sperma ini sudah cukup untuk bersenyawa dengan sebiji telur dan menghasilkan bayi.

Lelaki Azoospermia Bermasalah Punyai Zuriat
-Pelbagai masalah pada sistem reproduktif lelaki boleh membawa kepada kegagalan menghasilkan zuriat dan salah satu daripadanya ialah azoospermia. Azoospermia ialah satu keadaan yang jarang berlaku dimana air mani langsung tidak mengandungi sperma yang perlu bagi persenyawaan. Kira-kira 10 hingga 15 peratus lelaki di dunia dan 1 peratus lelaki di Malaysia mengalaminya. Ia merupakan salah satu dari masalah kaum lelaki yang menghalang penghasilan zuriat selain daripada masalah yang lain seperti kegagalan ereksi atau mati pucuk, kekurangan sperma, sperma tidak subur dan kekurangan hormon kesuburan.

Masalah Utama Lelaki
-Tiga masalah kesihatan utama yang sering menyerang lelaki adalah berkaitan dengan kardio (jantung), risiko kanser dan kesihatan seksual yang biasa dialami oleh lelaki adalah jangkitang penyakit seksual (STD), mati pucuk (ED), ejakulasi pramatang (PE), kemandulan, saiz dan bentuk zakar serta testis. Manakala urologi pula seperti batu karang, kanser prostat dan pelbagai lagi. Lelaki muda selalunya malu untuk bertemu doktor sekiranya mempunyai masalah dengan alat kelamin. Sedangkan perlu diingat kanser testikular hanya berlaku di kalangan lelaki muda. Kebiasaannya pesakit hanya datang bertemu doktor ketika penyakit sudah melarat.

Minum Air Sejuk Memudahkan Kuman Membiak
-Mengikut kefahaman rawatan tradisional Melayu, memakan atau meminum benda 'sejuk' memberi kesan tidak baik kepada kesihatan, lebih-lebih lagi kesihatann alat kelamin. Mengikut kefahaman sama, memakan atau meminum benda 'panas' memberi kebaikan kepada sistem fungsi jalanan badan dan ia juga termasuk fungsi syawat. Kefahaman ini juga mungkin betul mengikut tafsiran mereka mengenai perkara panas dan sejuk tidak tepat. Misalnya,meminum minuman sejuk mungkin tidak sesuai untuk tekak yang mula radang dan boleh meningkatkan keradangan. Ini kerana ia memudahkan kuman membiak dengan cepat kerana tidak langsung kulit tekak tadi hilang daya kawalan akibat keadaan sejukdan memudahkan jangkitan merebak. Bagaimanapun, pendapat kononnya meminum air sejuk melemahkan fungsi anggota kelamin lelaki atau wanita tidak tepat. Mungkin menjirus air sejuk ke anggota syawat yang terangsang membantutkan ransangan.

2 comments:

  1. Terima kasih share info anda...sama2 menambah ilmu pengetahuan....

    ReplyDelete
  2. Terima kasih share info anda...sama2 menambah ilmu pengetahuan....

    ReplyDelete