Walau bagaimanapun anda sibuk dengan masalah anak-anak,orang tua,suami atau pejabat, anda harus menyediakan waktu luang untuk diri sendiri demi kesihatan. Sebolehnya, sediakan waktu khusus setiap hari untuk melakukan sesuatu yang menyenangkan diri anda.
Menurut Amy Tiemann, penulis buku Mojo Mom:Nurturing Your self While Raising A Family, telah berbincangkan dengan beberapa wanita dan mendapati mereka tidak ada waktu luang untuk diri sendiri.
Jadi, jangan tunggu waktu itu datang secara tiba-tiba. Pastikan waktu luang anda sama pentingnya seperti berjumpa dengan klien atau temujanji dengan doktor. Mungki juga anda tidak memerlukan waktu yang banyak tetapi cukuplah dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.
Hayati Aroma Untuk Kesihatan
Selain 'me time' yang telah anda peruntukkan itu, anda juga boleh menikmati aroma-aroma yang bukan sahaja menyegarkan tetapi juga memberi manfaat untuk kesihatan. Beberapa aroma yang memberi kekuatan dan anda sendiri boleh menggunakannya.
Menurunkan Berat Badan
Menurut Alan Hirsch dari Smell & Taste Treatment and Research Foundation di Chicago mengatakan hubungan bau dan rasa memainkan peranan penting dalam program penurunan berat badan. Raikan 'kepuasan aroma' dengan mencium aroma makanan sebelum anda menikmatinya.
Untuk Ketenangan
Kajian dari Ohio State University mengatakan aroma 'lavender' dapat memberi efek tenang. Manakala aroma lemon pula menyegarkan dan menyuntik semangat anda. Jadi, pasangkan lilin atau minyak aromaterapi lemon atau 'lavender' di pejabat sebagai sahabat di saat anda menghadapi 'dateline' di pejabat.
Elakkan Tekanan
Kerja-kerja seharian menuntut anda untuk mempelajari sesuatu yang baru sehingga boleh membuatkan anda tertekan dan pening. Menurut penelitian dari University Of Northumbria mengatakan aromaterapi 'rosemary' dapat menenangkan fikiran, cepat bertindak dan responsif. Simpanlah satu botol kecil aromaterapi 'rosemary' di laci meja anda sebagai penyelamat di saat anda mengalami tekanan.
Redakan Perut Ketika Haid
Mengikut penelitian di Korea mendapati urutan di perut selama 15 minit setiap hari dengan menggunakan minyak essensial dapat menghilangkan rasa senggugut sehingga 50%. Lakukan urutan di perut sekali sehari selama seminggu sebelum tarikh haid anda.
Tingkatkan Ghairah Seksual
Tidak perlu berpakaian seksi atau menyembur minyak wangi yang beraroma sensual. Cukup dengan hanya bauan dari kayu manis atau 'lavender' untuk meningkatkan ghairah dan aliran darah sehingga 11%.
Sempurnakan makan malam yang penuh romantik dengan kudapan sihat dan haruman yang mempersonakan.
BEBERAPA IDEA YANG BOLEH ANDA LAKUKAN :
Masa Rehat Hanya 5-10 minit:
- Duduk di beranda atau laman dengan minum secawan kopi atau teh sambil membaca suratkhabar. Anda juga boleh minum kopi sambil memandang awan biru di langit. Kalau boleh, elakkan daripada telefon bimbit atau kalendar di sisi anda.
- Telefon kawan baik anda, sekadar untuk bertanya khabar.
- Jika di pejabat, biarkan seketika keja anda. Berdiri di tepi meja anda, gerakkan sedikit badan dengan berjalan di luar pejabat atau naik turun tangga.
- Bermainlah dengan si comel. Cara ini bukan sahaja baik untuk anda tetapi juga untuk haiwan peliharaan anda.
- Ambil iPod atau MP3. Duduk, dengar dan hayatilah.
Masa Rehat 15-30 minit :
- Membaca satu bab buku atau novel yang anda suka.Jangan lupa, letakkan buku atau majalah di rak buku di pejabat atau runag tamu yang mudah untuk anda ambil.
- Letakkan kenderaan anda jauh sedikit. Selepas itu, berjalan laju ke pejabat atau stesen kenderaan awam.
- Kemas rumah. Anda tidak perlu mengemas rumah secara menyeluruh tetapi cukuplah dengan kerja yang ringkas seperti memotong dahan atau bunga yang layu di halaman rumah atau menyiram bunga.
Masa Rehat 30-60 minit :
- Pergilah ke spa. Lakukan rawatan muka, urutan badan, atau rawatan manicure dan pedicure.
- Gunakan masa ini untuk tidur.
- Daftarkan diri ke kelas yang ingin anda ikuti seperti kelas memasak, menjahit, tae-kwando dan sebagainya.
- Cuba berbincang dengan kawan baik untuk melakukan aktiviti santai. Tetapkan masa seminggu sebelum aktiviti tersebut dan hargailah komitmen yang anda rencanakan ini.
No comments:
Post a Comment