Pages

Saturday, March 19, 2011

Info Lelaki 2





Difungsi Erektil Ditakuti Lelaki
Difungsi Erektil(ED) didefinisikan sebagai ketidakmampuan lelaki untuk konsisten atau berulang-ulang untuk mencapai atau mengekalkan ereksi zakar yang cukup untuk melakukan seks. Dianggarkan ED menjejaskan separuh dari umur lelaki lebih 40 tahun. Kajian mendapati,kira-kira 152 juta lelaki di dunia menghidap ED. Jumlah lelaki yang menghidap ED dijangka akan meningkat dari sekali ganda ke 322 juta pada tahun 2025. Walaupun ED tersebar luas, pakar menganggarkan hanya 15 hungga 20 peratus daripada lelaki yang menghidap gejala ini yang mendapatkan rawatan.

Apa Lagi Musuh Sperma
Kajian menunjukkan sekumpulan penyelidik dari Righospitalent, Copenhagen Denmark mungkin boleh membuat pengusaha minuman cola sehari mampu membahayakan sperma mereka. Jumlah sperma mereka hanyalah 35juta/millimeter. Sedangkan bagi lelaki yang tidak minum cola, jumlah sperma mereka adalah 50juta/millimeter.

Apa Baiknya Berkhatan?
Tahukah anda,berkhatan sebenarnya mampu meningkatkan kepuasan seksual anda dan isteri. Inilah hasil kajian yang dilakukan menerusi 'Rakai Health Sciences Programme' di uganda, Afrika Selatan. Dari 455 perempuan yang dikaji, 40 peratus dari mereka mengakui yang hubungan itu lebih puas jika suami mereka berkhatan terlebih dahulu. Bukan hanya itu, berkhatan juga dikatakan mampu memanjangkan waktu mencapai orgasme dan meningkatan keinginan pasangan untuk bercinta.

Makan Tomato Elak Kanser Prostat
Tomato bukan sahaja berguna untuk menyedapkan rasa sambal, bahkan ia juga bagus untuk mengurangkan kanser prostat sehingga 45%. Ini kerana kandungan likopen yang ada pada buah tomato itu telah bertindak sebagai antioksidan. Inilah hasil kajian 7 tahun yang melibatkan seramai 47,000 lelaki di Universiti Havard.

Kondom Bukan Cara Terbaik
Ternyata betul yang masih banyak kondom yang tidak menimbulkan keselesaan pada lelaki. Akhirnya kebanyakan lelaki memilih untuk menanggalkan kondom sebelum selesai hubungan seksual dan mereka langsung tak peduli tentang penularan penyakit kelamin. Inilah hasil kajian yang dilakukan oleh laman sesawang Kinsey Institute for Research in Sex, Gander and Reproduction. Kajian yang dosiarkan secara maya ini telah dilakukan terhadap 436 orang lelaki dan hampir 45% dari mereka mengakui yang mereka telah menggunakan kondom yang tidak selesa. Bahkan mereka mengakui turut mengalami radang selepas menggunakan kondom tersebut. Semoga pengusaha kondom membaca fakta ini dan meningkatkan kualiti produk mereka.
87%
dari 400 lelaki merasakan yang wanita lebih berminat dengan lelaki berkulit bersih.


68%
dari 400 lelaki mengakui kulit bersih akan membuatkan mereka lebih berjaya dalam hidup tak kira kerjaya,pergaulan dan juga percintaan.

 50%
lelaki mahukan kulit yang lebih putih, lembab dan sihat.

   46.5%
adalah jumlah peningkatan lelaki yang menggunakan rangkaian produk pengjagaan kulit bermula dari tahun 2009.
32.9%
adalah pertambahan  jumlah lelaki yang membeli pencuci muka sejak tahun 2009.

Friday, March 18, 2011

KEPUTIHAN MENYERANG


Cairan keputihan yang keluar daripada saluran faraj adalah perkara normal. Ini adalah lendir cairan yang dikeluarkan oleh sel-sel pintu rahim. Cecair ini selalunya sedikit,berwarna putih dan tidak berbau. Ia boleh bertukar kekuningan apabila kita melihatnya di seluar dalam. apabila waktu ovulasi tiba iaitu di pertengahan pusingan haid, lendir ini bertukar menjadi cecair yang jernih. Disaluran faraj juga terdapat kuman yang mengawal kadar asid di kawasan itu.

Jika kuman yang tidak diingini membiak, ini akan menyebabkan masalah keputihan yang perlu dirawat. Walau bagaimanapun, cecair yang keluar sering kali berwarna kekuningan atau kehijauan dan ia berbau busuk. Jika cecair itu dijangkiti kulat ia akan berwarna keputihan dan berupa seperti keju dan amat gatal. 
Warna Cairan Miss V
Mari semak tahap warna cairan keputihan anda.
1. warna cairan 
Kuning seperti keju 
kemungkinan: 
Infeksi kulat 
Rawatan: 
Gunakan krim anti kulat dan segera mendapatkan rawatan doktor. 

2. Warna cairan; 
Putih keruh yang cair 
Kemungkinan: 
Infeksi bakteria 
Rawatan: 
membuat pemeriksaan doktor. Biasanya akan diberi ubat 'local' dan antibiotik untuk dimakan.


3. Warna cairan:
Kuning kehijauan dan pedih
Kemungkinan:
'Trichomaniasis' yang disebabkan daripada hubungan seks.
Rawatan:
Membuat pemeriksaan doktor. Biasanya ia akan diubati dengan antibiotik.

PAPA BARU apa yang anda perlu tahu?

Pertama kali menjadi bapa,memang menyeronokkan.Tetapi seminggu kemudian,tekanan akan dirasai sedikit demi sedikit.Masa anda yang senggang sebelum ini tiba-tiba menjadi penuh,tidur malam yang kerap terganggu dan banyak lagi keadaan lain yang mungkin boleh membuatkan anda bengang kalau gagal mengawal emosi.


Sebagai papa baru, berikut adalah antara beberapa perkara yang mungkin boleh merisaukan anda.

Tidur terganggu: Bayi selalunya akan mencuri tidur papa dan            mamanya.Tidur-tidur ayam adalah tidur mutlak bagi papa dan ibu yang baru mendapat anak.

Bebanan kewangan: Kos kelahiran bayi,penjagaan kesihatan,pakaian,lampin, dan perabot tiba-tiba menjadi senarai mesti beli.Beban kewangan ini akan menjadi lebih hebat jika anda berpindah ke rumah yang lebih besar atau anda mengambil cuti tanpa gaji demi menjaga bayi anda.

Tekanan: Seperti ibu,bapa juga berkemungkinan mengalami takanan (yang singkat) sebaik bayi dilahirkan.

Tanggungjawab baru: Bayi yang baru lahir memerlukan penjagaan dan perhatian yang sangat eksklusif. Selain penyusuan,masalah lain yang akan membelenggu anda ialah urusan menukar lampin dan tangisan bayi.Ramai bapa yang tidak bersedia menghadapi situasi ini.Bahkan anda juga perlu menyelesaikan banyak kerja rumah.Kalau anda memang seorang yang 'indipendent' tidak apa.Tapi bagaimana kalau anda 'anak emak'?

Masa dengan isteri semakin singkat: Isteri anda mungkin akan melebihkan perhatiannya kepada bayi berbanding anda.Anda mungkin rasa kesepian lebih-lebih lagi jika isteri anda menyusukan bayi.

Cuti yang terhad: Jika anda tidak boleh bercuti panjang sewaktu bayi anda dilahirkan, anda mungkin tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian pada jadual kerja.Sudahnya anda sering tercari-cari masa untuk meluangkan masa dengan si comel itu.


 Apa Perlu Dilakukan Sebelum Bayi Lahir?

Isteri masih hamil? Okey,berikut adalah senarai pendek yang boleh dilakukan demi mengelakkan sebarang masalah yang tidak diingini.

Semasa isteri melalui fasa kehamilan,lelaki tidak mengalaminya secara langsung.Oleh itu,ambilah bahagian & kongsilah pengalaman ini bersama isteri. Letakkan tangan di atas perut isteri untuk merasai tendangan bayi atau pergilah menemani isteri setiap kali dia bertemu doktor. Kongsi pengalaman kehamilan isteri bersama-sama kawan yang memahami.

Anda juga boleh menyertai kelas pra-kelahiran kerana ia membantu anda bertindak sewaktu isteri anda menghampiri waktu bersalinnya.Kelas ini sangat membantu anda dalam menghadapi sebarang keadaan tidak diduga.

Jika ada masa,bertemu dan dapatkan nasihat dari pakar perancang kewangan.Mereka akan membantu anda membuat perkiraan bajet yang betul sebelum dan selepas kelahiran bayi.


Sesekali,berbincanglah dengan isteri anda tentang sebarang kemungkinan @ perubahan yang berlaku selepas bayi anda dilahirkan. Bincanglah dari sudut yang positif dan negatif dan carilah solusi yang tepat untuk memastikan keadaan berjalan seperti yang dirancang.


Akhir sekali,tentukan anda mahu menjadi bapa yang bagaimana. Ambil masa untuk memikirkan tentang perkara ini.Apakah anda mahu meneruskan didikan yang anda terima dari bapa atau anda mahu memilih cara sendiri? Harus diingat, perkara ini juga anda perlu fikirkan demi memastikan anda sentiasa bersedia sebelum kelahiran bayi anda.



 Apa Pula Yang Perlu Dilakukan Selepas Bayi Lahir?


Kalau pihak hospital dan jadual kerja mengizinkan,bermalamlah bersama isteri dan bayi di hospital. Duduklah dengan isteri dan bayi sehingga tiba masa untuk bayi anda dibenarkan pulang.Cara ini membantu anda merasa seperti orang yang berkepentingan dan bukannya seseorang yang hanya diperlukan ketika masa-masa tertentu sahaja.

Anda haruslah bergilir-gilir dengan isteri untuk menjaga buah hati anda itu.Usah lepaskan kesemuanya pada isteri anda seorang.Anda misalnnya boleh menukarkan baju atau lampin bayi.

Usah lupa untuk bermain dengan bayi anda.Walaupun dia masih kecil tetapi dia sudah boleh menerima rangsangan walaupun baru berusia 1 hari. Isteri anda mungkin cenderung untuk merangsang bayi secara lembut. Sebagai bapa, anda mungkin boleh bermain dengan sedikit bunyi bising. Kedua-dua cara permainan ini sangat penting kerana ia boleh merangsang perkembangan mereka.

Selain itu, luangkan masa untuk isteri anda.Oleh kerana anda tidak boleh melakukan hubungan seksual dalm tempoh ini, anda masih boleh mendakap @ menciumnya. Perlu ingat juga, walaupun keluarga anda mempunyai rutin baru, anda dan pasangan haruslah mempunyai masa untuk diri masing-masing juga.

Kalau anda menghadapi saat-saat buntu, dapatkanlah bantuan daripada mereka yang berpengalaman. Kalau anda rasa gagal menghadapinya sendirian,dapatkan nasihat dari orang lain.

Menjadi bapa memang satu pengalaman yang mencabar. Tetapi dengan mengenalpasti atau merancang yang terbaik untuk hari ini dan masa akan datang, anda boleh mengurangkan tekanan dan lebih gembira meghadapi fasa hidup yang baru ini. 

Thursday, March 17, 2011

'ME TIME' Hargai Waktu Luang Anda

Menurut penelitian menunjukkan wanita sekarang merasa kurang bahagia berbanding dengan wanita 40 tahun yang lepas.Alasan utama teori ini kerana kurangnya waktu lapang untuk mereka.

Walau bagaimanapun anda sibuk dengan masalah anak-anak,orang tua,suami atau pejabat, anda harus menyediakan waktu luang untuk diri sendiri demi kesihatan. Sebolehnya, sediakan waktu khusus setiap hari untuk melakukan sesuatu yang menyenangkan diri anda.
Menurut Amy Tiemann, penulis buku Mojo Mom:Nurturing Your self While Raising A Family, telah berbincangkan dengan beberapa wanita dan mendapati mereka tidak ada waktu luang untuk diri sendiri.
Jadi, jangan tunggu waktu itu datang secara tiba-tiba. Pastikan waktu luang anda sama pentingnya seperti berjumpa dengan klien atau temujanji dengan doktor. Mungki juga anda tidak memerlukan waktu yang banyak tetapi cukuplah dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.

Hayati  Aroma  Untuk  Kesihatan
Selain 'me time' yang telah anda peruntukkan itu, anda juga boleh menikmati aroma-aroma yang bukan sahaja menyegarkan tetapi juga memberi manfaat untuk kesihatan. Beberapa aroma yang memberi kekuatan dan anda sendiri boleh menggunakannya.

Menurunkan  Berat  Badan
Menurut Alan Hirsch dari Smell & Taste Treatment and Research Foundation di Chicago mengatakan hubungan bau dan rasa memainkan peranan penting dalam program penurunan berat badan. Raikan 'kepuasan aroma' dengan mencium aroma makanan sebelum anda menikmatinya.

Untuk  Ketenangan

Kajian dari Ohio State University mengatakan aroma 'lavender' dapat memberi efek tenang. Manakala aroma lemon pula menyegarkan dan menyuntik semangat anda. Jadi, pasangkan lilin atau minyak aromaterapi lemon atau 'lavender' di pejabat sebagai sahabat di saat anda menghadapi 'dateline' di pejabat.

Elakkan Tekanan
Kerja-kerja seharian menuntut anda untuk mempelajari sesuatu yang baru sehingga boleh membuatkan anda tertekan dan pening. Menurut penelitian dari University Of Northumbria mengatakan aromaterapi 'rosemary' dapat menenangkan fikiran, cepat bertindak dan responsif. Simpanlah satu botol kecil aromaterapi 'rosemary' di laci meja anda sebagai penyelamat di saat anda mengalami tekanan.

Redakan  Perut  Ketika  Haid
Mengikut penelitian di Korea mendapati urutan di perut selama 15 minit setiap hari dengan menggunakan minyak essensial dapat menghilangkan rasa senggugut sehingga 50%. Lakukan urutan di perut sekali sehari selama seminggu sebelum tarikh haid anda.

Tingkatkan   Ghairah  Seksual
Tidak perlu berpakaian seksi atau menyembur minyak wangi yang beraroma sensual. Cukup dengan hanya bauan dari kayu manis atau 'lavender' untuk meningkatkan ghairah dan aliran darah sehingga 11%.

Sempurnakan makan malam yang penuh romantik dengan kudapan sihat dan haruman yang mempersonakan.

     BEBERAPA  IDEA  YANG  BOLEH  ANDA  LAKUKAN : 

 Masa Rehat Hanya 5-10 minit:
  • Duduk di beranda atau laman dengan minum secawan kopi atau teh sambil membaca suratkhabar. Anda juga boleh minum kopi sambil memandang awan biru di langit. Kalau boleh, elakkan daripada telefon bimbit atau kalendar di sisi anda.
  • Telefon kawan baik anda, sekadar untuk bertanya khabar.
  • Jika di pejabat, biarkan seketika keja anda. Berdiri di tepi meja anda, gerakkan sedikit badan dengan berjalan di luar pejabat atau naik turun tangga.
  • Bermainlah dengan si comel. Cara ini bukan sahaja baik untuk anda tetapi juga untuk haiwan peliharaan anda.
  • Ambil iPod atau MP3. Duduk, dengar dan hayatilah.
  
Masa  Rehat  15-30 minit : 
  • Membaca satu bab buku atau novel yang anda suka.Jangan lupa, letakkan buku atau majalah di rak buku di pejabat atau runag tamu yang mudah untuk anda ambil.
  • Letakkan kenderaan anda jauh sedikit. Selepas itu, berjalan laju ke pejabat atau stesen kenderaan awam.
  • Kemas rumah. Anda tidak perlu mengemas rumah secara menyeluruh tetapi cukuplah dengan kerja yang ringkas seperti memotong dahan atau bunga yang layu di halaman rumah atau menyiram bunga.

Masa  Rehat  30-60 minit : 
  • Pergilah ke spa. Lakukan rawatan muka, urutan badan, atau rawatan manicure dan pedicure.
  • Gunakan masa ini untuk tidur.
  • Daftarkan diri ke kelas yang ingin anda ikuti seperti kelas memasak, menjahit, tae-kwando dan sebagainya.
  • Cuba berbincang dengan kawan baik untuk melakukan aktiviti santai. Tetapkan masa seminggu sebelum aktiviti tersebut dan hargailah komitmen yang anda rencanakan ini.