Pertama kali menjadi bapa,memang menyeronokkan.Tetapi seminggu kemudian,tekanan akan dirasai sedikit demi sedikit.Masa anda yang senggang sebelum ini tiba-tiba menjadi penuh,tidur malam yang kerap terganggu dan banyak lagi keadaan lain yang mungkin boleh membuatkan anda bengang kalau gagal mengawal emosi.
Sebagai papa baru, berikut adalah antara beberapa perkara yang mungkin boleh merisaukan anda.
Tidur terganggu: Bayi selalunya akan mencuri tidur papa dan mamanya.Tidur-tidur ayam adalah tidur mutlak bagi papa dan ibu yang baru mendapat anak.
Bebanan kewangan: Kos kelahiran bayi,penjagaan kesihatan,pakaian,lampin, dan perabot tiba-tiba menjadi senarai mesti beli.Beban kewangan ini akan menjadi lebih hebat jika anda berpindah ke rumah yang lebih besar atau anda mengambil cuti tanpa gaji demi menjaga bayi anda.
Tekanan: Seperti ibu,bapa juga berkemungkinan mengalami takanan (yang singkat) sebaik bayi dilahirkan.
Tanggungjawab baru: Bayi yang baru lahir memerlukan penjagaan dan perhatian yang sangat eksklusif. Selain penyusuan,masalah lain yang akan membelenggu anda ialah urusan menukar lampin dan tangisan bayi.Ramai bapa yang tidak bersedia menghadapi situasi ini.Bahkan anda juga perlu menyelesaikan banyak kerja rumah.Kalau anda memang seorang yang 'indipendent' tidak apa.Tapi bagaimana kalau anda 'anak emak'?
Masa dengan isteri semakin singkat: Isteri anda mungkin akan melebihkan perhatiannya kepada bayi berbanding anda.Anda mungkin rasa kesepian lebih-lebih lagi jika isteri anda menyusukan bayi.
Cuti yang terhad: Jika anda tidak boleh bercuti panjang sewaktu bayi anda dilahirkan, anda mungkin tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian pada jadual kerja.Sudahnya anda sering tercari-cari masa untuk meluangkan masa dengan si comel itu.
Apa Perlu Dilakukan Sebelum Bayi Lahir?
Isteri masih hamil? Okey,berikut adalah senarai pendek yang boleh dilakukan demi mengelakkan sebarang masalah yang tidak diingini.
Semasa isteri melalui fasa kehamilan,lelaki tidak mengalaminya secara langsung.Oleh itu,ambilah bahagian & kongsilah pengalaman ini bersama isteri. Letakkan tangan di atas perut isteri untuk merasai tendangan bayi atau pergilah menemani isteri setiap kali dia bertemu doktor. Kongsi pengalaman kehamilan isteri bersama-sama kawan yang memahami.
Anda juga boleh menyertai kelas pra-kelahiran kerana ia membantu anda bertindak sewaktu isteri anda menghampiri waktu bersalinnya.Kelas ini sangat membantu anda dalam menghadapi sebarang keadaan tidak diduga.
Jika ada masa,bertemu dan dapatkan nasihat dari pakar perancang kewangan.Mereka akan membantu anda membuat perkiraan bajet yang betul sebelum dan selepas kelahiran bayi.
Sesekali,berbincanglah dengan isteri anda tentang sebarang kemungkinan @ perubahan yang berlaku selepas bayi anda dilahirkan. Bincanglah dari sudut yang positif dan negatif dan carilah solusi yang tepat untuk memastikan keadaan berjalan seperti yang dirancang.
Akhir sekali,tentukan anda mahu menjadi bapa yang bagaimana. Ambil masa untuk memikirkan tentang perkara ini.Apakah anda mahu meneruskan didikan yang anda terima dari bapa atau anda mahu memilih cara sendiri? Harus diingat, perkara ini juga anda perlu fikirkan demi memastikan anda sentiasa bersedia sebelum kelahiran bayi anda.
Apa Pula Yang Perlu Dilakukan Selepas Bayi Lahir?
Kalau pihak hospital dan jadual kerja mengizinkan,bermalamlah bersama isteri dan bayi di hospital. Duduklah dengan isteri dan bayi sehingga tiba masa untuk bayi anda dibenarkan pulang.Cara ini membantu anda merasa seperti orang yang berkepentingan dan bukannya seseorang yang hanya diperlukan ketika masa-masa tertentu sahaja.
Anda haruslah bergilir-gilir dengan isteri untuk menjaga buah hati anda itu.Usah lepaskan kesemuanya pada isteri anda seorang.Anda misalnnya boleh menukarkan baju atau lampin bayi.
Usah lupa untuk bermain dengan bayi anda.Walaupun dia masih kecil tetapi dia sudah boleh menerima rangsangan walaupun baru berusia 1 hari. Isteri anda mungkin cenderung untuk merangsang bayi secara lembut. Sebagai bapa, anda mungkin boleh bermain dengan sedikit bunyi bising. Kedua-dua cara permainan ini sangat penting kerana ia boleh merangsang perkembangan mereka.
Selain itu, luangkan masa untuk isteri anda.Oleh kerana anda tidak boleh melakukan hubungan seksual dalm tempoh ini, anda masih boleh mendakap @ menciumnya. Perlu ingat juga, walaupun keluarga anda mempunyai rutin baru, anda dan pasangan haruslah mempunyai masa untuk diri masing-masing juga.
Kalau anda menghadapi saat-saat buntu, dapatkanlah bantuan daripada mereka yang berpengalaman. Kalau anda rasa gagal menghadapinya sendirian,dapatkan nasihat dari orang lain.
Menjadi bapa memang satu pengalaman yang mencabar. Tetapi dengan mengenalpasti atau merancang yang terbaik untuk hari ini dan masa akan datang, anda boleh mengurangkan tekanan dan lebih gembira meghadapi fasa hidup yang baru ini.
No comments:
Post a Comment