Pages

Monday, July 12, 2010

Bersolek Ke Parti Dalam Masa10 Minit

Bagaimana jika anda kesuntukan masa tetapi perlu bersiap secepat yang mungkin ke majlis tersebut? Tentu kelam kabut dibuatnya. Sebenarnya, jika anda tahu tip dan trik solekannya,sekelip mata sahaja wajah pasti sudah siap disolek cantik tanpa perlu bersusah-payah menghadap cermin berjam-jam lamanya.

MINIT PERTAMA HINGGA 3:
Litupi tona wajah yang tidak rata dan sekata (termasuk gelung hitam bawah mata) dengan penyamar noda. Pastikan tonanya adalah satu kali lebih cerah daripada tona warna asal kulit wajah. Kemudian, sapukan bedak kompak (formulasi dua dalam satu) pada seluruh wajah. Bedak asas kompak ini lazimnya tersedia dengan bedak asas dan pearly sheen agar wajah nampak berkilau semulajadi.

MINIT KE-4 HINGGA KE-5:
Sapukan pembayang mata yang bertekstur krim kerana ia lebih mudah diratakan pada kelopak mata denga hanya menggunakan jari. Saranan pilihan warna adalah daripada kelompok natural seperti coklat tembaga dan keemasan. Jika ingin tampil lebih glamor, gunakan pembayang mata yang mengandungi glitter.

MINIT KE-6 HINGGA KE-7:
Lentikkan bulu mata dengan pengepit, kemudian aplikasikan maskara hitam. Lebih baik sekiranya anda menyapukan maskara tersebut sebanyak dua lapisan agar kesannya lebih ketara. Mata akan kelihatan lebih besar dan segar.

MINIT KE-8:
Sapukan pemerah pipi rona sheer coral atau sheer plum di atas tulang pipi. Trik solekkan yang boleh digunakan ketika ini adalah dengan mempamerkan senyuman. Tulang pipi labih mudah kelihatan dan memudahkan sapuan.

MINIT KE-9:
Oleskan gincu bibir rona merah jambu lembut yang berkilau. Anda juga boleh memilih pengilat bibir berkilau kerana ia mampu membuatkan bibir anda nampak lebih tebal dan seksi.

MINIT KE-10:
Pada minit terakhir ini, anda bolehlah menggunakannya untuk memperbaiki solekan yang mungkin tidak rapi atau kelihatan kurang menarik. Mudah, bukan? Sekarang anda sudah siap untuk ke majlis yang ingin ditujui.

No comments:

Post a Comment