ATASI KULIT KEDUT DENGAN LOBAK MERAH
· Ambil lobak merah dan di parut, campur dengan sebiji kuning telur dan sesudu besar tupung jagung. Bahan ini dijadikan masker pada muka. Sapukan sebelum tidur. Biar kering dan bilas apabila kering.
LEMBUTKAN TAPAK TANGAN DENGAN BAWANG
· Meramas bawang merah yang sudah dikupas kulitnya. Air bawang itu berkesan melembutkan tapak tangan.
MENGHILANGKAN BULU ATAS BIBIR
· Mudah saja, sapukan campuran perahan limau nipis dan gula pasir ke bahagian yang berbulu. Urut bahagian tersebut agar bahan mudah meresap ke kulit. Lakukan setiap hari.
HILANGKAN SAKIT KEPALA DENGAN BANTAL LEMUJI HIJAU
· Sakit kepala boleh dihilangkan dengan mengambil lemuji hijau ke dalam sarung bantal. Tidur di atasnya 2 3 hari. Sakit kepala akan hilang dan anda akan berasa segar.
ATASI BENGKAK USUS DENGAN KUNYIT
· Kunyit di kisar halus, sedikit garam, sedikit gula merah dan sedikit perahan air limau. Campurkan bahan di dalam gelas air suam dan minum. Amalkan selalu.
HENTIKAN PENDARAHAN DENGAN TEMBAKAU
· Terapkan pada luka dan jangan di kenakan air. Tembakau juga boleh digunakan untuk menanggalkan lintah atau pacat yang mengigit dan menghentikan pendarahan akibat dihisap lintah.
RAWAT PANAU DENGAN LENGKUAS ATAU HALIA
· Lengkuas atau halia dikisar ambil airnya. Sapu bahagian panau. Boleh juga bahan ini kedua-duanya di campur.
DAUN SIRIH HENTIKAN HIDUNG BERDARAH
· Ambil daun sirih digulung dan disumbatkan ke dalam hidung yang berdarah. Darah akan segera berhenti.
MERAWAT SENGUGUT DENGAN PINANG BAKAR
· Gunakan pinang tua yang dibakar hangus dan tumbuk halus. Campur dalam segelas air dan minum. Minum selama haid datang.
PUCUK JAMBU BATU RAWAT CIRIT BIRIT
· Rendam pucuk jambu batu dalam segelas air panas campur sedikit garam bagi tujuan melayukan daun dan menghilangkan kotoran. Selepas itu kunyah pucuk jambu sekerap yang boleh. Hasilnya melegakan.
KELAPA GADING UNTUK RAWAT BUASIR
· Menggunakan kelapa gading iaitu kelapa berwarna kuning. Bakar atau panaskan hujungnya dan tekapkan kapada bahagian buasir. Lakukan berulang kali sehingga rasa selesa. Jika sudah sejuk panaskan kembali.
BUANG KOLESTROL
· Untuk mengatasinya amalkan minum perahan jus lemon yang dicampur dengan satu sudu teh minyak zaitun setiap hari dan sebelum memakan makanan berkolestrol tinggi. Campuran ini juga boleh membuang lemak bagi mengatasi kegemukkan.
BERAS MEMBERSIHKAN BOTOL SUSU
· Untuk membersihkan botol susu masukkan sedikit beras dan goncang dengan air panas atau air suam, hasilnya botol tidak hanya bersih malah kelihatan bersinar.
BERSIHKAN PERIUK BERARANG DENGAN TEPUNG GANDUM
· Untuk mencuci periuk atau kuali berarang gunakan tepung gandum yang di campur dengan sedikit air dan beras menggunakan sabut kelapa.
MEMBUAT KEK COKLAT BERKILAT
· Ketika krim coklat itu hampir masak masukkan sedikit mentega atau marjerin dan sapukan ke permukaan kek.
MENCEGAH SUDU BERKARAT
· Ambil sedikit cuka atau secubit garam dan sebesen air. Rendam sudu, garpu, gunting, pisau semalaman.
TEPUNG TIDAK BERULAT
· Tepung yang dibeli di ayak dahulu dan simpan di dalam bekas kering kedap udara. Sompan di tempat yang kering.
MELEMBUTKAN SOTONG KERING DENGAN AIR ABU ATAU KULIT DURUAN
· Rendam dalam air abu. Caranya ambil abu tanah bakar. Rendam selama setengah jam hingga satu jam sampai sotong kering itu lembut.
· Satu lagi cara ialah menggunakan kulit durian yang sudah dikeringkan. Kulit durian itu dijadikan serbuk dan rendam bersama dengan sotong kering.
GULA TIDAK CAIR
· Bagi mengatasinya letek sekeping roti di dalam bekas gula. Roti ini akan menyerap kelembapan.
TOMATO CEPAT BUSUK
· Jika tidak mempunyai peti ais, simpan dalam satu bekas yang kering dan jangan di tutup. Tomato jangan di basuh sebelum di simpan dan jauhi dari sinar matahari. Ia dapat bertahan selama beberapa hari.
TEPUNG GANDUM ELAKKAN EPAL MENJADI KERING
· Merendam dengan air garam dan satu lagi cara ialah merendam epal dalam bancuhan tepung gandum ketika menggaulnya guna senduk kayu, jangan menggunakan tangan.
MERATAKAN GARAM UNTUK KEREPEK
· Untuk mengatasinya garam dimasukkan ke dalam minyak menngoreng. Ini akan memastikan rasa masin pada kerepek adalah sama.
KICAP DAN GARAM JIKA TERKENA MINYAK PANAS
· Sapukan kicap dan garam pada bahagian melecur. Boleh juga menggunakan majerin atau ubat gigi.
JARI TELUNJUK TENTUKAN RASA MASIN ATAU TIDAK
· Cara paling mudah ialah menggunakan jari. Celup jari telunjuk anda ke dalam kuah. Jika kuah tidak meleleh maknanya cukp masin. Jika jari terasa perit bermakna masakan terlebih garam.
GARAM HILANGKAN PIJAR TANGAN
· Menghiris dan memegang cili pasti tangan akan terasa pijar. Bagi mengatasinya sapu tangan dengan garam biarkan selama 2 minit kemudian basuh.
MEMBENTUK, MENGHITAM DAN MELEBATKAN BULU KENING
· Buah keras di bakar sehingga hangus. Gunakan lidi atau berus kecil sapukan serbuk buah keras itu kepada bahagian bulu kening. Selain orang dewasa ia juga boleh juga dilakukan pada bayi supaya besar nanti mempunyai bulu kening yang cantik dan lebat.
MEMBENTUK LESUNG PIPIT DENGAN DAUN BETIK
· Caranya, daun betik tua ditumbuk lumat dan perah jusnya. Sapukan hampas daun betik itu kebahagian pipi yang di kehendaki. Lakukan setiap hari selama sebulan dan lihatlah hasilnya.
MENGATASI BOTAK DENGAN BUAH KERAS DAN MINYAK ZAITUN
· Buah keras dibakar hingga hangus dan tumbuk. Campurkan dengan minyak zaitun. Sapukan pada bahagian yang tiada rambut dan diurut-urut. Lakukan 2 minggu berturut-turut pagi dan malam. Jika akar rambut belum mati, rambut akan tumbuh semula dibahagian botak.
MENGHILANGKAN TAHI LALAT
· Menggunakan nanas muda dan limau purut. Bahan ini dikisar dan diambil airnya dan sapu pada tahi lalat yang tidak di ingini. Lakukan 2 atau 3 kali sehari dalam tempoh beberapa hari, tahi lalat akan tanggal dari kulit.
No comments:
Post a Comment