Bagaimana untuk mengetahui air yang terbaik untuk tubuh kita? Saya akan membawa anda mengenali jenis-jenis air.
TRIVIA AIR
Sejarah mengatakan air botol pertama adalah pada kurun ke-18 dan mula diperkenalkan di Eropah. Ia dikatakan air ajaib yang hanya mampu dimiliki golongan bangsawan.
Di Malaysia, kepesatan pembangunan dan peningkatan kuasa beli dalamkalangan pengguna membuatkan air minuman yang dibotolkan mula diperkenalkan sekitar lewat tahun 1980an dan 1990an.
Air Mata Air
Kebiasaan air jenis ini diperoleh dari sumber semula jadi. Mungkin dikawasan pergunungan (mineral) atau bawah tanah. Ia bebas pencemaran dan dengan mudah akan diluluskan pihak berkuasa. Air ini terbahagi kepada jenis semula jadi ataupun yang diproses dikilang. Selalunya, Ia akan dibotolkan terus dari kawasan ia diperoleh dan tidak ditambah dengan sebarang mineral tambahan. Untuk kelainan, air ini ditambah denga karbon dioksida untuk menambah rasa pada air. Ia juga mungkin juga ditambah denga oksigen untuk memberi sifat terapeutik.
Air Minuman
Air jenis ini didapati daripada bekalan air awam yang diluluskan kerajaan sebelum dirawat dengan teknik penurasan dan ozonasi bagi membunuh bakteria didalamnya. Air miniman lebih murah berbanding air mineral.
Air Tulen
Air tulen turut dikenali dengan nama air suling, air osmosis berbalik, dan mempunyai kurang atau tiada langsung mineral didalamnya. Air tulen lebih sesuai untuk mereka yang diharuskan untuk mengawal kandungan mineral dalam tubuh mereka.
Air Botol Berperisa
Sesetengah orang tidak sukakan air mineral keranaia tiada rasa. Bagi menggalakkan pengambilan air mineral, banyak produk air yang berperisa begini menjadi pilihan kanak-kanak, golongan remaja dan sesiapa sahaja yang mementingkan kesihatan tanpa penambahan kalori. Penambahan perisa buah-buahan yang ditambah dalam air juga dipantau agar tidak mengganggu kebaikan mineral dalam air.
No comments:
Post a Comment