Pages

Monday, November 29, 2010

KETAHUI KESIHATAN UNTUK LELAKI

Biji Labu Rawat Prostat
-Biji labu sudah lama digunakan oleh pakar herba dan ahli naturopati untuk merawat masalah prostat. Keberkesanan herba itu dipercayai akibat kandungan asid lemak perlu yang tinggi,zink dan sterol tumbuhan. Gabungan kedua-dua herba iaitu 'saw palmetto' dan biji labu menghasilkan kesan yang baik, iaitu melegakan gejala yang dihadapi disebabkan oleh kesan sinergistiknya. Antara panduan kesihatan yang boleh diamalkan untuk kesihatan prostat adalah seperti meningkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran segar yang kaya dengan vitamin, mineral, pigmen tumbuhan serta fiber yang boleh membantu tubuh menyembuh secara semulajadi.

Apa Ada Pada Air Mani
-Penghasilan air mani menandakan bermulanya akil baligh pada remaja lelaki, ketika badan mula menyaksikan pertumbuhan dan perkembangan yang mendadak terutamanya di organ seksual. Ejakulasi biasanya bermula seawal 12 ke 13 tahun. Sebahagian daripada kita mentafsirkan air mani mengandungi sperma sahaja, anda salah. Sperma hanya mewakili 10% daripada hasil ejakulasi kita. 10% itu mewakili 200 juta hingga 500 juta sel sperma yang terhasil daripada produksi matang hormon androgen seperti testosteron, yang akan menambahkan pertumbuhan bulu badan dan penggarauan suara. Hanya satu sel sperma ini sudah cukup untuk bersenyawa dengan sebiji telur dan menghasilkan bayi.

Lelaki Azoospermia Bermasalah Punyai Zuriat
-Pelbagai masalah pada sistem reproduktif lelaki boleh membawa kepada kegagalan menghasilkan zuriat dan salah satu daripadanya ialah azoospermia. Azoospermia ialah satu keadaan yang jarang berlaku dimana air mani langsung tidak mengandungi sperma yang perlu bagi persenyawaan. Kira-kira 10 hingga 15 peratus lelaki di dunia dan 1 peratus lelaki di Malaysia mengalaminya. Ia merupakan salah satu dari masalah kaum lelaki yang menghalang penghasilan zuriat selain daripada masalah yang lain seperti kegagalan ereksi atau mati pucuk, kekurangan sperma, sperma tidak subur dan kekurangan hormon kesuburan.

Masalah Utama Lelaki
-Tiga masalah kesihatan utama yang sering menyerang lelaki adalah berkaitan dengan kardio (jantung), risiko kanser dan kesihatan seksual yang biasa dialami oleh lelaki adalah jangkitang penyakit seksual (STD), mati pucuk (ED), ejakulasi pramatang (PE), kemandulan, saiz dan bentuk zakar serta testis. Manakala urologi pula seperti batu karang, kanser prostat dan pelbagai lagi. Lelaki muda selalunya malu untuk bertemu doktor sekiranya mempunyai masalah dengan alat kelamin. Sedangkan perlu diingat kanser testikular hanya berlaku di kalangan lelaki muda. Kebiasaannya pesakit hanya datang bertemu doktor ketika penyakit sudah melarat.

Minum Air Sejuk Memudahkan Kuman Membiak
-Mengikut kefahaman rawatan tradisional Melayu, memakan atau meminum benda 'sejuk' memberi kesan tidak baik kepada kesihatan, lebih-lebih lagi kesihatann alat kelamin. Mengikut kefahaman sama, memakan atau meminum benda 'panas' memberi kebaikan kepada sistem fungsi jalanan badan dan ia juga termasuk fungsi syawat. Kefahaman ini juga mungkin betul mengikut tafsiran mereka mengenai perkara panas dan sejuk tidak tepat. Misalnya,meminum minuman sejuk mungkin tidak sesuai untuk tekak yang mula radang dan boleh meningkatkan keradangan. Ini kerana ia memudahkan kuman membiak dengan cepat kerana tidak langsung kulit tekak tadi hilang daya kawalan akibat keadaan sejukdan memudahkan jangkitan merebak. Bagaimanapun, pendapat kononnya meminum air sejuk melemahkan fungsi anggota kelamin lelaki atau wanita tidak tepat. Mungkin menjirus air sejuk ke anggota syawat yang terangsang membantutkan ransangan.

TIDUR.....


Tolong jawab, siapa yang tidak suka tidur? Tidur memang dikaitkan dengan malas dan tidak produktif. Malah tidur yang melampau akan memudaratkan. Tetapi jika tidur cukup, tentulah tidak salah dan tubuh pasti lebih fit.
Tidur    sama    pentingnya dengan  air  dan  makanan tetapi  ada  orang  anggap tidur  ini  amalan  remeh. Padahal tidur adalah salah satu resipi sihat, cantik dan awet muda.  Tidak  percaya?  Ketika  tidur,  tubuh  bekerja  keras  memperbaiki  sel-sel  dan  jaringan  tubuh yang rosak. Otak pula sibuk mengisi  ruang  memori  dengan pelbagai perkara yang anda alami  dan  pelajari.  Tidur  yang dimaksudkan   ini   adalah   tidur yang   berkualiti.   Ada   beberapa  persoalan  mengenai  tidur  yang perlu kita tahu. Apakah pengaruh tidur  bagi  organ-organ  penting manusia?  Benarkah  tidur  yang terlampau  akan  membuat    anda gemuk?  Atau  sebaliknya  kurang tidur  boleh  menyebabkan  anda obesiti?







Kulit
Semasa  tidur,  tubuh  menghasilkan  hormon  pertumbuhan manusia  (human  growth  hormone/HGH)   dan   melatonin.   Fungsi kedua-dua hormon ini berkaitan dengan     kecantikan,     antaranya   untuk   memperbaiki   sel-sel  tubuh,  mencegah  penuaan  diri dan  meremajakan  kembali  jaringan-jaringan  tubuh  yang  telah haus.  Kerana  itu  jangan  hairan apabila terdapat perbezaan yang jelas  antara  kulit  orang  yang  cukup tidur dengan yang kurang tidur. Seseorang yang kurang tidur akan kelihatan lebih tua dari usia sebenarnya.  Sementara  yang  cukup tidur nampak lebih segar.
Mata
Mata  adalah  sensor  pertama manusia bagi memulai hari. Begitu mata melihat cahaya terang di pagi  hari,  ia  akan  mengarahkan tubuh untuk memulakan aktiviti. Dalam sehari otot-otot di sekitar mata akan bergerak-gerak ribuan kali mengikut ekspresi wajah. Sedih,    gembira,    berkerut, ketawa    semuanya    melibatkan tarikan otot-otot sekitar mata. Sebab itulah, tanda-tanda penuaan salah satunya ada di kerutan sekitar mata. Jadi untuk memastikan otot-otot  itu  punya  waktu  istirahat yang cukup setiap hari, tidur sangat diperlukan. Bagi   sesetengah   orang,   cahaya  mempengaruhi  cepat  atau lambatnya  seseorang   tidur   di samping   keselesaan. Ada   yang tidur  dengan  suasana  lampu  dipasang  dan  ada  juga  yang  tidur dalam keadaan gelap.
Paru-paru
Sama   ada   dalam   keadaan jaga mahupun tidur, udara akan masuk  ke  dalam  tubuh  melalui mulut   dan   hidung,   mengalir ke  saluran  pernafasan  dan  kemudian  ke  paru-paru.  Apabila udara  mengalir  dengan  baik  ke paru-paru, maka fungsi organ ini juga akan berfungsi dengan baik. Hasil  kajian  Dr.  Olga  Parra  dari Universiti   Hospital   Barcelona, Sepanyol mendapati, kesulitan tidur akan menimbulkan risiko serangan  angin  ahmar.  Ini  kerana adanya  gangguan  berkala  ketika bernafas. Jadi sangat jelas bahawa gangguan tidur adalah gangguan pernafasan  selama  tidur  kerana terhalangnya  aliran  udara  yang masuk ke dalam paru-paru.Nasihat beliau, lakukan aktiviti apa pun agar tubuh bergerak dan letih. Organ tubuh yang aktif bergerak akan mencapai puncak keletihan  pada  malam  hari  sehingga  membawa  kepada  tidur yang selesa, tanpa gangguan pernafasan selama tidur.

Tuesday, November 23, 2010

Istilah

ISTILAH... CANTIK

'ALLANTOIN': Ekstrak botani yg memulihkan dan menyamankan kulit. Digunakan di dlm krim dan persediaan yg bersesuaian untuk kulit.


ASTRIGEN : Penyegar yg membantu utk mengawal permukaan kulit berminyak dan menurunkan pH kulit selepas  kulit dibersihkan.


'BENZOYL PEROXIDE': Bahan anti bakteria yg biasanya digunakan utk merawat jerawat.


BETA KEROTINA: Pigmen tumbuhan berwarna jingga yg digunakan utk menghasilkan vitamin A.

'BLACKHEADS': Istilah yg digunakan utk menerangkan mengenai pori-pori yg tersumbat oleh minyak semula jadi kulit dan kotoran.


BOTOX: Nama komersial utk toksin 'botulinium'. Ia digunakan dlm jumlah yg kecil utk memberikan kesan kebas pada otot dan mengurangkan atau menghilangkan kedutan atau garis halus dgn selamat.



'CHAMOMILE': Sumber dari tumbuh-tumbuhan yg terbukti secara klinikal membantu mencegah kulit memerah. Ia menjadikan kulit terasa nyaman dan selesa. Bertindak berkesan terhadap alahan.


HIDRAT: Untuk menambahkan kelembapan pada kulit.


HIDROKUINON: Agen pemutih yg digunakan dlm persediaan kosmetik utk mencerahkan dan memutihkan kulit.


JOJOBA: Tonik dan pelembap. Ia merawat kulit kering, kedutan dan tanda rekahan kulit (stretch marks).





KOLAGEN: Bahan semula jadi di dlm tisu badan. Ia boleh disuntik ke dlm kulit utk menganjalkan bahagian kulti tertentu.


KOSMETIK: Bahan atau campuran bahan utk disapukan,dilekatkan,dituangkan,dipercikkan atau disemburkan pada,diamsukkan dalam,dipergunakan pada badan atau bahagian badan manusia dgn maksud untuk membersih,memelihara,menambah daya penarik atau mengubah rupa dan tidak termasuk dlm kumpulan ubat.


MASKARA: Maskara digunakan utk mewarnai bulu mata agar lebih jelas,lebih panjang dan lentik. Ia boleh didapati dlm bentuk cairan dan krim yg berisi warna2 pilihan seperti hitam, biru dan coklat. Maskara didapati dlm bentuk botol yg dilengkapi dgn aplikator.


'MELANIN': Pigmen hitam yg ditemui pada rambut dan kulit.


MINYAK GERMA GANDUM: Ia membantu proses pembaharuan sel kulit normal. Digunakan dlm persediaan kosmetik kerana kandungan vitamin E nya tinggi.


MINYAK 'TEA TREE': Bahan pengawet semula jadi yg mengandungi unsur2 antiseptik dan membunuh kuman.


PABA: ASID 'PARA-AMINOBENZOIC'. Ditemui dlm vitamin B kompleks. Digunakan sbg bahan dlm beberapa produk pelindung matahari.


PH: PERATUS HYDROGEN. Digunakan untuk mengukur tahap keasidan dlm persediaan kosmetik.  
         

SEKILAS.... diet

SUP SAYURAN dengan sedikit tambahan protein sbg perencah membantu anda merasa kenyang untuk beberapa jam.

2 GENGGAM BADAM sudah cukup utk membekalkan magnesium kpd tubuh sekali gus dpt mengurangkan 1/3 drpd masalah kembung perut.

TEH TIDAK SESUAI DIMINUM sewaktu makan ataupun sebaik sahaja selesai makan kerana ia akan mempengaruhi penyerapan zat besi dan kalsium.

PENGAMBILAN KANDUNGAN GULA yg tinggi dlm makanan biarpun minuman seharian akan menyumbangkan kpd penambahan berat badan secara mendadak dlm tempoh masa yg singkat.

Sebelum makan sesuatu, selalu pastikan anda dlm keadaan yg benar2 lapar tetapi bukan sekadar untuk menghentikan nafsu makan.

ANDA DIGALAKKAN MAKAN SAYURAN SEBELUM hidangan lain dan cuba memanjangkan waktu makan anda supaya rasa kenyang dpt ditimbulkan sebelum terambil makanan yg lebih.

GANTIKAN MAKANAN2 RINGAN dgn buah-buahan atau roti gandum. Ini kerana badan kita memerlukan masa yg lebih panjang dlm mencerna makanan yg tinggi seratnya.

COMPLEX CARBOHYDRATES: Kanji seperti biji-bijian, nasi, roti, pasta, sayur-sayuran, dan kekacang. Semasa proses pencernaan, kanji dipecahkan kpd gula dan digunakan oleh badan untuk memberikan tenaga.

ENRICHMENT FOOD: Tambahan thiamin, niacin, riboflavin dan zat besi kpd produk roti dan bijirin yg diproses.

FAT: LEMAK. Sebatian pepejal atau separuh pepejal tidak larut air yg merupakan salah satu drpd 3 nutrien makro ( menyumbangkan kalori) dlm makankan. Apabila ia betul2 berpecah di dlam badan, satu gram lemak menyumbangkan 9 kalori.

HIGH-DENSITY LIPOPROTEIN (HDL) : HDL dianggap sbg kalestrol 'baik'. Ia bertanggungjawab mengembalikan kalestrol dan 'triglycerides' (lemak) drpd sel dan saluran darah ke hati.

NATURAL FOODS: Makanan yg diproses secara minimum dan tidak mengandungi pewarna, perasa, pengawet dan pemanis.

RECOMMENDED (DAILY) DIETARY ALLOWANCES (RDAS): Kadar nutrien yg disarankan oleh 'American Food and Nutrition Board of the National Academy of Sciences', bagi pengambilan diet harian oleh seseorang individu yg sihat berdasarkan kpd jantina dan umur.

VITAMIN: Salah satu kumpulan sember organik yg penting dlm kuantiti yg kecil. Vitamin perlu diambil melalui makanan kerana badan tidak mengeluarkan vitamin sendiri.

Minuman yg panas dpt memberi rasa kenyang. Jadi, semasa rasa lapar, minumlah teh panas tanpa gula. Teh ini bukan sahaja rendah kalorinya bahkan dpt mengusir rasa lapar.   

Tuesday, July 13, 2010

SPIRULINA

TEORI
Keupayaan ajaib alga kecil ini dapat terus hidup disebabkan:
- Kandungan antioksidan yang tinggi membolehkannya dapat bertahan dengan pancaran sinar UV.
- Keupayaannya 'membuat' makanan sendiri dengan hanya menggunakan cahaya matahari.

KANDUNGAN SPIRULINA
Spirulina - Sejenis alga (rumpai laut) yang mempunyai kandungan nutrien yang amat luar biasa, tidak pernah dilihat pada mana-mana jenis makanan,tumbuhan,bijirin atau herba.
- Ia mempunyai kandungan protien yang tinggi. Lebih 60% daripadanya ialah protien sayuran yang mudah dihadamkan.
- Mengandungi fitonutrien seperti ,phycocyanin',polisakrida dan sulfolipid yang dapat meningkatkan sistem imunisasi badan dan berupaya untuk mengurangkan risiko jangkitan, kanser dan penyakit 'auto immune'.
-Ia kaya dengan karotenoid semulajadi (sejenis anti pengoksidaan) yang dapat mempertingkatkan kesihatan sel dan mengurangkan risiko kanser.
- Mengandungi klorofil yang membantu badan menjalankan penyahtoksikan.
-Ia juga mengandungi zat besi, zat galian dan asid lemak penting yang jarang didapati.
- Kandungan vitamin 1gm spirulina sama dengan 1kg sayuran segar.


ANTARA MANFAAT SPIRULINA

ANTI PENUAAN- DNAdapatmembantu membaiki unsur genetik dalam sel, memperlahankan proses penuaan. Bertanggungjawab dalam pembaharua, pertumbuhan dan pembaikan sel.
MEMULIHKAN ANEMIA- Spirulina mengandungi 6 unsur nutrien utama yang membekalkan unsur pembentukan darah yang seimbang demi mencegah anemia yang disebabkan kekurangan nutrien.
MEMULIHKAN KETIDAKHADAMAN- Meningkatkan kesihatan gastrousus, mencegah sembelit, mencegah jangkitan penyakit,meneutralkan bahan kimia bertoksik didalam makanan, membantu penghadaman dan penyerapan makanan serta memperkuatkan sistem imun.
ANTI KANSER- Membantu mencegah kanser, melawan kanser serta mengawal pembiakan sel kanser.
MEMBERSIH DARAH- Mengurangkan ketoksikan raksa, ubatan dan bahan kotor dalam buah pinggang dan hati.
MENAMBAH RASA KENYANG- Membekalkan nutrien lingkungan luas, memenuhi keperluan badan, mengawal nafsu makan (sesuai untuk anda berdiet).
MENCEGAH KELESUAN MATA- Mengurangkan tahap kesensitifan terhadap cahaya dan kandungan 'zeaxantin' pula membekalkan pelindung antioksidan kepada mata, otak dan sistem saraf tunjang.
MENYIHATKAN OTAK- Membantu membina sel otak berkualiti, meningkatkan daya peningkatan oksigen sel darah merah supaya mencapai tahap otak yang cerdas.
MENCEGAH PENYAKIT GASTROUSUS & DAN MELEGAKAN ULSER PERUT- Meneutralkan asid perut, melindungi dinding perut, meredakan keredangan, mencegah atau membaik pulih kebengkakkan dinding perut yang rengsa, mencegah rembesan pepsin tidak menentu serta mengurangkan keradangan tisu.
ANTI RADIASI- Ahli sains Rusia menggunakan spirulina untuk meredakan penyakit radiasi dan dilabelkan sebagai makanan perubatan. 'Phycocyanin' boleh mengurangkan alahan akibat keracunan radiasi. Kandungan AFA berfungsi dalam membantu menstabilkan sel badan, menghapuskan logam berat, melindungi sel daripada ancaman radiasi.

Jenis-jenis Air Yang Terbaik Untuk Tubuh

Bagaimana untuk mengetahui air yang terbaik untuk tubuh kita? Saya akan membawa anda mengenali jenis-jenis air.

TRIVIA AIR
Sejarah mengatakan air botol pertama adalah pada kurun ke-18 dan mula diperkenalkan di Eropah. Ia dikatakan air ajaib yang hanya mampu dimiliki golongan bangsawan.
Di Malaysia, kepesatan pembangunan dan peningkatan kuasa beli dalamkalangan pengguna membuatkan air minuman yang dibotolkan mula diperkenalkan sekitar lewat tahun 1980an dan 1990an.

Air Mata Air
Kebiasaan air jenis ini diperoleh dari sumber semula jadi. Mungkin dikawasan pergunungan (mineral) atau bawah tanah. Ia bebas pencemaran dan dengan mudah akan diluluskan pihak berkuasa. Air ini terbahagi kepada jenis semula jadi ataupun yang diproses dikilang. Selalunya, Ia akan dibotolkan terus dari kawasan ia diperoleh dan tidak ditambah dengan sebarang mineral tambahan. Untuk kelainan, air ini ditambah denga karbon dioksida untuk menambah rasa pada air. Ia juga mungkin juga ditambah denga oksigen untuk memberi sifat terapeutik.

Air Minuman
Air jenis ini didapati daripada bekalan air awam yang diluluskan kerajaan sebelum dirawat dengan teknik penurasan dan ozonasi bagi membunuh bakteria didalamnya. Air miniman lebih murah berbanding air mineral.

Air Tulen
Air tulen turut dikenali dengan nama air suling, air osmosis berbalik, dan mempunyai kurang atau tiada langsung mineral didalamnya. Air tulen lebih sesuai untuk mereka yang diharuskan untuk mengawal kandungan mineral dalam tubuh mereka.

Air Botol Berperisa
Sesetengah orang tidak sukakan air mineral keranaia tiada rasa. Bagi menggalakkan pengambilan air mineral, banyak produk air yang berperisa begini menjadi pilihan kanak-kanak, golongan remaja dan sesiapa sahaja yang mementingkan kesihatan tanpa penambahan kalori. Penambahan perisa buah-buahan yang ditambah dalam air juga dipantau agar tidak mengganggu kebaikan mineral dalam air.

Monday, July 12, 2010

Bersolek Ke Parti Dalam Masa10 Minit

Bagaimana jika anda kesuntukan masa tetapi perlu bersiap secepat yang mungkin ke majlis tersebut? Tentu kelam kabut dibuatnya. Sebenarnya, jika anda tahu tip dan trik solekannya,sekelip mata sahaja wajah pasti sudah siap disolek cantik tanpa perlu bersusah-payah menghadap cermin berjam-jam lamanya.

MINIT PERTAMA HINGGA 3:
Litupi tona wajah yang tidak rata dan sekata (termasuk gelung hitam bawah mata) dengan penyamar noda. Pastikan tonanya adalah satu kali lebih cerah daripada tona warna asal kulit wajah. Kemudian, sapukan bedak kompak (formulasi dua dalam satu) pada seluruh wajah. Bedak asas kompak ini lazimnya tersedia dengan bedak asas dan pearly sheen agar wajah nampak berkilau semulajadi.

MINIT KE-4 HINGGA KE-5:
Sapukan pembayang mata yang bertekstur krim kerana ia lebih mudah diratakan pada kelopak mata denga hanya menggunakan jari. Saranan pilihan warna adalah daripada kelompok natural seperti coklat tembaga dan keemasan. Jika ingin tampil lebih glamor, gunakan pembayang mata yang mengandungi glitter.

MINIT KE-6 HINGGA KE-7:
Lentikkan bulu mata dengan pengepit, kemudian aplikasikan maskara hitam. Lebih baik sekiranya anda menyapukan maskara tersebut sebanyak dua lapisan agar kesannya lebih ketara. Mata akan kelihatan lebih besar dan segar.

MINIT KE-8:
Sapukan pemerah pipi rona sheer coral atau sheer plum di atas tulang pipi. Trik solekkan yang boleh digunakan ketika ini adalah dengan mempamerkan senyuman. Tulang pipi labih mudah kelihatan dan memudahkan sapuan.

MINIT KE-9:
Oleskan gincu bibir rona merah jambu lembut yang berkilau. Anda juga boleh memilih pengilat bibir berkilau kerana ia mampu membuatkan bibir anda nampak lebih tebal dan seksi.

MINIT KE-10:
Pada minit terakhir ini, anda bolehlah menggunakannya untuk memperbaiki solekan yang mungkin tidak rapi atau kelihatan kurang menarik. Mudah, bukan? Sekarang anda sudah siap untuk ke majlis yang ingin ditujui.

Kek & Puding

KEK BICARA MANIS
BAHAN-BAHAN:
500gm mentega
350gm gula kastor
250gm tepung suji
100gm tepung gandum
10gm serbuk penaik
9 biji telur
Sedikit jus oren
225gm gula aising diayak (untuk membuat aising lemon)
5 sudu kecil jus ‘lemon tea’

CARA MEMBUAT:
1. Pukul mentega dengan gula sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu sambil dipukul. Pukul hingga kembang.
3. Akhir sekali masukkan tepung suji, tepung gandum dan serbuk penaik. Gaul sebati.
4. Setelah siap, tuangkan adunan tersebut ke dalam acuan.
5. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 180 celcius selama 45 minit.
6. Setelah sejuk tuangkan aising lemon dan hiaskan mengikut citarasa anda.
7. Untuk membuat aising lemon, satukan gula aising dengan jus ‘lemon tea’ dan gaul hingga rata.

KEK LAMBAIAN DESA
BAHAN-BAHAN:
500gm mentega
460gm tepung gandum
350gm gula
200gm kurma dibuang biji
10gm serbuk penaik
9 biji telur
1 biji lemon (parut kulitnya)


CARA MEMBUAT:
1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu sambil dipukul hingga kembang.
3. Setelah itu masukkan pulabahan-bahan kering seperti tepung, parutan kulit lemon, serbuk penaik dan kurma yang telah dilecek. Gaul adunan hingga sebati.
4. Tuang adunan kedalam acuan dan bakar dalam ketuhar dengan suhu 180 celcius 45 minit.
5. Setelah sejuk hias mengikut citarasa.


KEK TABIR SENJA
BAHAN-BAHAN:
500gm pisang emas (dilecek)
15gm gula aising
1 liter krim putar (diputar)
10 keping geletin (dicairkan)
1 biji kek span (kosong)

CARA MEMBUAT:
1. Pisang emas yang telah dilecek hendaklah disatukan dengan gula aising. Kacau hingga sebati.
2. Masukkan krim putar dan kacau lagi hingga sebati.
3. Masukkan geletin (suam) kedalam adunan tersebut.
4. Setelah sebati, tuangkan adunan tersebut kedalam bekas yang telah diletekkan kek span. Kemudian sejukkan didalam peti sejuk selama lebih kurang setengah jam.
5. Setelah siap, keluarkan dan hias mengikut citarasa.


KEK SALJU KASIH
BAHAN-BAHAN:
250gm tepung kek span
185gm telur
70ml air
75ml mentega (dicairkan)
½ sudu kecil esen vanila
Ceri hijau (hiasan)

CARA MEMBUAT:
1. Masukkan tepung kek ke dalam mangkuk pengadun dan diikuti dengan telur, air dan esen vanila. Pukul dengan kelajuan yang tinggi selama 5 hingga 6 minit.
2. Masukkan mentega yang telah dicairkan. Pukul hingga sebati.
3. Masukkan kedalam dulang pembakar yang telah disapukan dengan sedikit mentega.
4. Bakar selama 40 hingga 45 minit dengan suhu 180 celcius
5. Kek dipotong kepada 3 bahagian. Setiap lapis hendaklah dilapiskan dengan kastad yang telah dimasak (sejuk).
6. Ambil sedikit adunan dan tuangkan kedalam acuan dengan ketebalan setengah inci. Setelah masak sapukan krim diatasnya dan gulung. Kemudian potong nipis.
7. Hias kek dengan ceri.

BAHAN UNTUK INTI:
1 liter santan
200gm gula
3 biji kuning telur
100gm tepung jagung
50gm kelapa kering
½ sudu kecil esen kelapa

CARA MEMBUAT:
1. Masak santan bersama gula.
2. Masukkan tepung jagung, kelapa kering, kuning telur dan baki santan serta esen kelapa.
3. Kacau hingga pekat diatas api yang sederhana.
4. Apabila telah sejuk, tuangkan keatas setiap lapisan kek.


KEK TITIAN SYAWAL
BAHAN-BAHAN:
275gm tepung naik sendiri
1 ½ sudu kecil serbuk kayu manis
225gm gula kastor
50gm kismis
100gm mentega (dicairkan)
2 biji telur (dipukul)
175ml susu segar
225gm epal (potong kiub)

CARA MEMBUAT:
1. Ayak tepung dengan kayu manis. Campurkan gula dan kismis gaul rata.
2. Masukkan mentega cair, susu epal dan pukul hingga kembang.
3. Tuang kedalam acuan. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 180 celcius selama satu hingga satu jam suku.
4. Setelah masak, keluarkan daripada acuan dan biarkan sejuk.


PUDING WANGI-WANGIAN
BAHAN-BAHAN:
5 helai daun pandan
200gm agar-agar serbuk
500ml susu cair

CARA MEMBUAT:
1. Kisar daun pandan dan ambil jusnya.
2. Panaskan susu cair dan masukkan agar-agar serbuk serta jus pandan.
3. Setelah agak pekat, tuang kedalam acuan dan sejukkan lebih kurang dua jam.
PUDING JENDELA HATI
BAHAN-BAHAN:
4 biji lobak merah
150gm gula
1 tin susu cair
100gm tepung kastad
4 biji telur

CARA MEMBUAT:
1. Lobak merah dikisar dan ambil jusnya.
2. Masukkan jus lobak dan kesemua bahan ke dalam bekas. Pukul hingga rata.
3. Masukkan kedalam acuan dan kukus.
4. Sejukkan dan hidang mengikut citarasa.


PUDING PERMAISURI
BAHAN-BAHAN:
300gm kek (dipotong dadu)
300gm jeli buah-buahan
1 biji kulit tart yang telah dibakar
4 sudu besar jem blueberry

BAHAN KASTAD JAGUNG:
250ml susu segar
70gm gula kastor
30gm tepung kastad
3 sudu besar krim jagung
2 biji telur

CARA MEMBUATNYA:
1. Satukan bahan kastad jagung dalam periuk. Masak shingga pekat dan berkilat.
2. Ratakan jem blueberry dalam kulit tart dan susunkankek yang telah dipotong diatasnya.
3. Seterusnya, tuang kastad jagung yang masih panas. Setelah ia sejuk, tuangkan jeli buah-buahan diatasnya hingga rata. Simpan didalam peti sejuk.



PUDING SENJAKALA
BAHAN-BAHAN:
125gm gula pasir
200gm serbuk agar-agar
500gm susu cair

CARA MEMBUATNYA:
1. Campurkan kesemua bahan dan pukul hingga rata.
2. Panaskan hingga mendidih.
3. Tuang ke dalam acuan dan sejukan selama lebih kurang 2 jam.


AGAR-AGAR CAHAYA AIDIL
BAHAN-BAHAN:
125gm gula pasir
5 biji telur
5gm agar-agar
½ liter susu cair
1 sudu besar madu
Sedikit kulit kayu manis

CARA MEMBUAT:
1. Panaskan susu cair, gula pasir dan agar-agar.
2. Kemudian masukkan telur dan kulit kayu manis. Kacau hingga sebati dan tuangkan kedalam gelas. Simpan dalam peti sejuk.
3. Apabila beku, hidangkan dan tuangkan sedikit madu diatas agar-agar tadi. Jika suka, hiaskan dengan strawberi, ceri atau biskut.


PUDING MUTIARA BIRU
BAHAN-BAHAN:
50gm sagu biji (dimasak)
100ml santan
100gm tembikai susu
100gm gula
200gm tepung kastad
1 tin susu cair

CARA MEMBUAT:
1. Tembikai susu dan gula dikisar.
2. Sagu biji dimasak hinng lembut. Kemudian sejukkan.
3. Satukan adunan tembikai susu dengan sagu dan pukul hingga rata.
4. Panaskan di atas api kemudian tuang ke dalam acuan. Sejukkan lebih kurang dua jam di dalam peti sejuk.


PUDING KASTAD
BAHAN-BAHAN:
400ml air
200ml susu segar
100gm gula kastor
50gm tepung kastad
1 sudu besar serbuk agar-agar

CARA MEMBUAT:
1. Masak air dan serbuk agar-agar sehingga mendidih. Bancuh tepung kastad, gula kastor dan susu segar hingga larut
2. Tuangkan ke dalam agar-agar dan kacau hingga sebati dan pekat. Kemudian tuangkan ke dalam bekas kecil.
3. Sejukkan hingga keras.


AGAR-AGAR SELENDANG SUTERA
BAHAN-BAHAN:
10 biji ceri merah (potong dadu)
10 biji buah pic (potong dadu)
500gm serbuk puding
100gm gula
200ml air

CARA MEMBUAT:
1. Didihkan air, Kemudian masukkan serbuk puding, gula, ceri merah buah pic. Kacau rata.
2. Tuangkan adunan ke dalam acuan.
3. Sejukkan selama dua jam dan hias mengikut citarasa.


PUDING NAGA SARI
BAHAN-BAHAN:
4 keping roti sandwich
4 biji kuning telur
200gm gula pasir
100gm tepung kastad
200ml air

CARA MEMBUAT:
1. Masukkan kuning telur,gula, tepung kastad dan air ke dalam mesin pengisar. Kemudian kisar.
2. Letekkan roti ke dalam acuan dan tuangkan adunan kastad. Biarkan seketika agar adunan kastad meresap ke dalam roti
3. Simpan dalam peti sejuk selama dua jam dan hidangkan.
PUDING MANIS SELALU
BAHAN-BAHAN:
5 biji telur
50gm mentega
150gm gula
1 tin susu cair
1 tin nanas
50gm tepung jagung

CARA MEMBUAT:
1. Telur,mentega dan gula di pukul hingga rata.
2. Campurkan tepung jagung dan susu cair serta nanas yang telah di potong dadu. Gaul rata dan masukkan ke dalam acuan.
3. Kukus hingga masak.
4. Sejukkan dan bolehlah di hidang.


AGAR-AGAR JEJARI MANIS
BAHAN-BAHAN:
1 liter air
2 biji mangga masak
500gm serbuk puding
100gm gula


CARA MEMBUAT:
1. Masak air hingga memdidih.
2. Campurkan mangga dan gula kemudian dikisar.
3. Campurkan ke semua bahan dan kacau hingga sebati.
4. Tuangkan ke dalam acuan.
5. Sejukkan selama dua jam dan boleh di hidang.

Aneka Biskut

BISKUT COKLAT CINDAI
BAHAN-BAHAN:
200 gm gula aising
200gm mentega
400gm tepung gandum
4 biji telur
80gm serbuk
10gm serbuk bikarbonat
70gm kacang pecan (dicincang)

BAHAN HIASAN:
150gm coklat masakan (hitam)
100gm coklat masakan (putih)

CARA MEMBUAT:
• Pukul gula aising dan mentega hingga kembang. Kemudian masukkan telur satu persatu dan kacau.
• Ayak campuran tepung, serbuk soda dan serbuk koko. Kemudian masukkan bahan-bahan ini kedalam adunan.
• Akhir sekali masukkan kacang pecan yang telah dicincang dan digaul rata. Buat bebola sederhana besar dan bakar pada kepanasan 180 celcius selama 25 minit.
• Setelah biskut sejuk,cairkan coklat masakan dan celup biskut pada coklat hitam. Kemudian buat juraian dengan coklat putih.



BISKUT TELAGA NENAS
BAHAN-BAHAN:
200gm gula kastor
200gm mentega
4 biji telur
400gm tepung gandum

BAHAN KRIM HAZELNUT:
300gm gula kastor
400 gm mentega
6 biji telur
200gm tepung
10gm serbuk penaik
400gm serbuk hazelnut
100gm susu segar
Jem nenas secukupnya

CARA MEMBUATNYA:
• Pukul gula kastor dan mentega hingga kembang. Kemudian masukkan telur satu persatu dan kacau hingga sebati.
• Ayak tepung terlebih dahulu dan masukkan ia kedalam adunan diikuti esen vanila. Kacau hingga rata.
• Untuk membuat krim hazelnut, pukul gula kastor bersama mentega hingga kembang. Kemudian masukkan telur satu persatu dan kacau hingga rata.
• Kemudian masukkan tepung, serbuk penaik, serbuk hazelnut dan susu segar. Gaul hingga sebati.
• Sementara itu canai doh dan terap dengan acuan tat. Paipkan adunan krim hazel di atas biskut yang telah di terap dan letakkan jem nenas di tengah-tengah biskut.
• Bakar pada kepanasan 180 celcius selama 25 minit.



COKLAT BADAM SIMFONI
BAHAN-BAHAN:
300gm gula kastor
200gm mentega
300gm tepung gandum
4 biji telur
70gm serbuk koko
10gm serbuk bikarbonat
100gm kepingan badam
50ml susu segar

CARA MEMBUAT:
• Pukul gula kastor dan mentega hingga kembang. Kemudian masukkan telur satu persatu dan kacau hingga sebati.
• Ayak bersama tepung, serbuk soda dan serbuk koko. Kemudian masukkan bahan-bahan ini ke dalam adunan sedikit demi sedikit sambil kacau hingga habis.
• Kemudian, masukkan kepingan dan gaul hingga rata. Setelah itu masukkan susu segar. Buat bebola sederhana besar dan leper, buat lubang di tengahnya. Bakar pada kepanasan 180 celcius selama 25 minit.



BISKUT KOPI RANGUP AIDIL
BAHAN-BAHAN:
500gm gula aising
280gm mentega
75gm krim keju
680gm tepung gandum
3 biji telur
75gm serbuk kopi
75gm serbuk koko
100gm kacang walnut
20gm serbuk penaik
50gm coklat cip

CARA MEMBUAT:
• Pukul gula aising, mentega dan krim keju hingga sebati. Kemudian masukkan telur satu persatu dan kacau.
• Ayak campuran tepung, serbuk penaik, serbuk kopi dan serbuk koko. Kemudian masukkan bahan-bahan ini kedalam adunan.
• Akhir sekali masukkan walnut yang telah dicincang dan gaul. Begitu juga coklat cip.
• Bentukkan bebola leper dan bakar dengan kepanasan 180 celcius selama 30 minit.



BISKUT KACANG BISTARI
BAHAN-BAHAN:
500gm gula aising
200gm mentega kacang
500gm tepung gandum
5 biji telur
10gm serbuk bikarbonat
150gm kacang tanah (ditumbuk)
100ml susu pekat

CARA MEMBUAT:
• Pukul gula aising dan mentega hingga kembang. Kemudian masukkan telur satu persatu dan kacau.
• Ayak campuran tepung dan serbuk soda. Kemudian masukkan kacang tanah dan bahan tepung ini kedalam adunan.
• Akhir sekali masukkan susu pekat dan gaul hingga rata. Buat bebola sederhana besar dan bakar pada kepanasan 180 celcius selama 25 minit.



BISKUT SYAWAL STRAWBERI
BAHAN-BAHAN:
600gm gula aising
600gm mentega
400gm tepung gandum
200gm tepung suji
4 biji telur
50gm jem strawberi
Sedikit esen vanila

CARA MEMBUAT:
• Pukul gula aising dan mentega hingga kembang. Kemudian masukkan telur satu persatu dan kacau.
• Ayak campuran tepung gandum dan tepung suji. Kemudian masukkan esen vanila dan bahan tepung ini kedalam adunan. Uli hingga sebati.
• Kemudian, canai doh dan terap dengan acuan tat. Akhir sekali letakkan jem strawberi di tengah-tengahnya dan bakar pada kepanasan 180 celcius selama 25 minit.



BISKUT TWIST VANILA
BAHAN-BAHAN:
300gm gula aising
300gm mentega
600gm tepung gandum
3 biji telur
10gm serbuk penaik
100gm susu segar
50gm croquent
Sedikit esen vanila

CARA MEMBUAT:
• Pukul gula aising dan mentega hingga kembang. Kemudian masukkan telur satu persatu dan kacau hingga sebati.
• Ayak bersama tepung dan serbuk penaik dan masukkan bahan-bahan ini kedalam adunan dan gaul hingga rata.
• Kemudian masukkan susu segar bersama esen vanila dan gaul lagi. Bentukkan adunan mengikut citarasa dan taburkan croquent di atasnya. Bakar pada kepanasan 180 celcius selama 25 minit.



BISKUT SWISS BADAM SALJU
BAHAN-BAHAN:
500gm gula aising
300gm mentega
150gm tepung gandum
4 biji telur
600gm serbuk badam
10gm serbuk bikarbonat
100gm kepingan badam
50ml susu segar
Sedikit esen vanila

CARA MEMBUAT:
• Pukul gula kastor dan mentega hingga kembang. Kemudian masukkan telur satu persatu dan kacau hingga sebati.
• Gaul bersama tepung , serbuk soda, serbuk badam, dan kepingan badam. Kemudian masukkan bahan-bahan ini kedalam adunan dan gaul hingga rata.
• Kemudian masukkan esen vanila dan gaul lagi. Bakar pada kepanasan 180 celcius selama 25 minit.



BISKUT SIMFONI KASIH
BAHAN-BAHAN:
175gm tepung gandum
100gm mentega
50gm gula kastor
½ sudu kecil serbuk kayu manis
1 biji oren (ambil kulitnya)
1 biji kuning telur

CARA MEMBUAT:
• Ayak tepung kedalam mangkuk. Gaul dengan mentega.
• Masukkan gula, serbuk kayu manis, parutan kulit oren dan kuning telur.
• Uli hingga menjadi doh yng lembut. Canai dan terap dengan acuan dan kedalam dulang pembakar.
• Bakar dalam ketuhar dengan suhu 180 celcius selama 10 minit hingga 15 minit atau hingga kuning keemasan.
• Untuk hiasan,campurkan gula dengan jus oren. Gaul hingga sebati. Lapiskan dua keping biskut dengan krim dan bubuhkan aising di tengahnya.



BISKUT SERPIHAN KASIH
BAHAN-BAHAN:
100gm tepung gandum
100gm mentega
50gm keju parmesan (diparut)
Kuning telur (hiasan)

CARA MEMBUAT:
• Gaulkan kesemua bahan (tinggalkan sedikit parutan keju) hingga menjadi doh yang lembut.
• Ambil sedikit doh dan canai. Kemudian terap dengan acuan pilihan dan susun didalam dulang pembakar.
• Sapukan kuning telur di atasnya dan taburkan parutan keju.
• Bakar dalam ketuhar dengan dengan suhu 180 celcius selama 15 hingga 20 minit.



BISKUT NURNILAM SARI
BAHAN-BAHAN:
100gm tepung gandum
100gm mentega
50gm badam kisar
50gm gula aising
50gm kacang pistachio (dicincang)
Kuning telur (hiasan)
Ceri hijau (hiasan)

CARA MEMBUAT:
• Gaulkan mentega dengan gula hingga sebati.
• Masukkan tepung gandum dan kacang pistachio, gaul hingga rata. Uli hingga rata. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Canai dan terap dengan acuan pilihan.
• Susun biskut di atas dulang pembakar. Sapukan kuning telur diatasnya dan hiaskan dengan ceri di tengahnya.
• Bakar dalam ketuhar dengan suhu 180 celcius selama 15 hingga20 minit atau hingga kuning keemasan.



BISKUT TERMINAL AIDIL FITRI
BAHAN-BAHAN:
1kg tepung gandum
500gm mentega
875gm gula kastor
375gm badam keping
375gm kacang hazel (keping dan cincang)
6 biji telur
1 sudu kecil serbuk buah pala
Sedikit esen vanila
Putih telur (hiasan)

CARA MEMBUAT:
• Pukul gula dengan mentega hingga kembang.
• Masukkan telur satu persatu sambil dipukul sehingga sebati.
• Masukkan pula badam, kacang hazel dan esen vanila. Gaul hingga menjadi doh yang lembut.
• Sejukkan didalam peti sejuk seketika. Kemudian keluarkan.
• Uli dan canai dengan ketebalan lebih kurang setengah sm. Potong memanjang.
• Susun diatas dulang pembakar.
• Sapukan putih telur dan hiaskan kepingan kacang hazel serta taburkan gula di atasnya.
• Bakar dengan suhu 180 celcius selama 15 hingga 20 minit.



BISKUT AZIMAT CINTA
BAHAN-BAHAN:
300gm mentega
200gm tepung gandum
200gm badam kisar
100gm gula aising
120gm susu tepung
1 sudu kecil esen vanila
100gm kacang tanah (dikisar)

CARA MEMBUAT:
• Pukul mentega, gula aising dan esen vanila. Masukkan tepung gandum, badam kisar, susu tepung dan kacau hingga sebati.
• Uli dan canai doh. Terapkan dengan acuan pilihan.
• Dengan menggunakan beg paiping, letakkan gula hiasan di atasnya.
• Gunakan coklat emulco dan lidi untuk menghasilkan corak.
• Bakar dengan suhu 180 celcius selama 15 minit.

BAHAN UNTUK GULA HIASAN:
½ Biji telur putih
150gm gula aising
15gm tepung jagung
½ sudu kecil esen vanila
CARA MEMBUAT:
• Gaulkan semua bahan hingga sebati. Kemudian masukkan kedalam beg paiping.



BISKUT PENAWAR SEMBILU
BAHAN-BAHAN:
130gm mentega
120gm tepung gandum
120gm tepung jagung
40gm gula aising
1 sudu kecil esen vanila

CARA MEMBUAT:
• Pukul mentega, esen vanila dan gula aising hingga kembang.
• Masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Gaul rata.
• Canai dan terapkan dengan acuan pilihan.
• Masukkan krim strawberi kedalam beg paiping. Kemudian paipkan keatas biskut.
• Hiaskan dengan gula hiasan berbentuk perak. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 180 celcius selama 15 hingga 20 minit.

BAHAN UNTUK KRIM STRAWBERI
80gm mentega
80gm tepung
30gm gula aising
30gm tepung jagung
Sedikit pes strawberi

CARA MEMBUAT:
• Gaulkan kesemua bahan hingga sebati.
• Kemudian paipkan diatas biskut.



BISKUT HAZELNUT BERSALUT COKLAT
BAHAN-BAHAN:
200gm kacang hazelnut
100gm krim keju
10gm mentega
1 sudu teh perisa vanila
50gm kelapa kering
200gm gula aising
1 liter coklat cair

CARA MEMBUAT:
• Putar krim keju bersama mentega hingga kembang. Kemudian masukkan krim keju kedalam mangkuk.
• Seterusnya masukkan perisa vanila, kelapa kering dan gula aising.kacau hingga sebati. Kemudian bentukkan kedalam acuan dan bakar pada suhu 180 celcius selama 10 hingga 15 minit.
• Akhir sekali masukkan ke dalam cawan kertas dan salutkan dengan coklat dan tabur hazelnut diatasnya.



BISKUT MUTIARA HATI
BAHAN-BAHAN:
100gm mentega
100gm gula kastad
100gm kacang hazelnut
2 biji telur
100gm tepung gandum
3 sudu besar susu segar
Sedikit tepung penaik

CARA MEMBUAT:
• Pukul mentega dan gula kastad sehingga kembang. Kemudian masukkan telur, tepung gandum, susu segar dan hazelnut.
• Gaul bahan-bahan ini sehingga sebati. Masukkan kedalam piping bag dan terap. Seterusnya bakar pada suhu 180 celcius selama 10 hingga 15 minit.



BISKUT RATNA SARI
BAHAN-BAHAN:
200gm tepung gandum
400gm tepung ubi
50gm tepung beras
200gm mentega
200gm gula
100gm kacang
100gm kelapa (tin)
80gm badam kisar
5 biji telur
1 sudu kecil serbuk penaik
Badam cincang untuk hiasan

CARA MEMBUAT:
• Pukul mentega dan gula hingga kembang kemudin masukkan telur.
• Masukkan kacang, badam kisar dan kelapa. Gaul rata.
• Masukkan pula tepung gandum, tepung ubi dan tepung tepung beras yang telah diayak bersama serbuk penaik. Kacau rata.
• Canai dan terap dengan acuan pilihan.
• Sapukan putih telur dan taburkan atasnya dengan badam cincang.
• Bakar hingga kekuningan.



BISKUT CANTIK MANIS
BAHAN-BAHAN:
100gm gula aising
250gm mentega
200gm tepung gandum
2 titik pewarna hijau
100gm tepung jagung
400gm badam (dikisar)
2 biji telur

CARA MEMBUAT:
• Pukul mentega dan gila aising sehingga kembang. Kemudian masukkan telur, tepung gandum dan pewarna hijau.
• Uli adunan dengan sebati dan masukkan badam yang telah dikisar. Uli lagi hingga rata. Kemudian canai adunan dan terap dengan acuan mengikut citarasa sendiri.
• Bakar dalam ketuhar dengan kepanasan 180 celcius selama 10 hingga 15 minit. Setelah masak bolehlah diangkat.



BISKUT WALNUT
BAHAN-BAHAN:
250gm mentega
200gm tepung gandum
200gm gula halus
100gm tepung ubi
300gm hazelnut (dicincang halus)
½ sudu teh esesn vanila
50gm serbuk koko
4 sudu madu
2 biji telur

CARA MEMBUAT:
• Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Kemudian masukkan telur, tepung gandum dan tepung ubi serta serbuk koko.
• Gaul adunan sehingga sebati dan masukkan hazelnut yng telah dicincang bersama madu dan perisa vanila. Gaul lagi hingga rata. Kemudian canai adunan da terap dengan acuan mengikut citarasa sendiri.
• Bakar dalam ketuhar dengan kepanasan 180 celcius selama 10 hingga 15 minit. Setelah masak bolehlah diangkat.



BISKUT DELIMA
BAHAN-BAHAN:
150gm gula halus
200gm mentega
2 biji telur
½ sudu esen vanila
100gm tepung kastad
200gm tepung gandum
Sedikit pewarna merah

CARA MEMBUAT:
• Pukul mentega dan gula halus sehingga kembang. Kemudian masukkan telur, tepung gandum dan esen vanila serta pewarna merah.
• Gaul adunan sehingga sebati dan menjadi doh.Kemudian canai adunan dan terap dengan acuan mengikut citarasa sendiri.
• Bakar dalam ketuhar dengan kepanasan 180 celcius selama 10 hingga 15 minit.



BISKUT KOPI SERI SYAWAL
BAHAN-BAHAN:
100gm gula aising
100gm kopi segar
250gm mentega
400gm tepung gandum
2 biji telur
½ sudu esen vanila

CARA MEMBUAT:
• Pukul mentega dan gula aising sehingga kembang. Kemudian masukkan telur, tepung gandum dan esen vanila.
• Gaul adunan sehingga sebati dan menjadi doh. Kemudian canai adunan dan terap dengan acuan mengikut citarasa sendiri
• Letakkan buah kopi di atas biskut dan bakar dalam ketuhar dengan kepanasan 180 celcius selama 10 hingga 15 minit.



CHOCOLATE SPRINKLE
BAHAN-BAHAN:
100gm mentega
250gm tepung naik sendiri
125gm gula
125gm tepung jagung
2 ½ sudu besar koko
Sedikit esen vanila
Butiran coklat
Putih telur

CARA MEMBUAT:
• Pukul mentega, gula dan esen vanila hingga kembang.
• Masukkan tepung naik sendiri, tepung jagung dan koko. Kacau hingga sebati dan menjadi doh yang lembut.
• Canai doh dan terap. Sapukan putih telur diatasnya dan taburkan buturan coklat.
• Bakar hingga masak.



TAT NANAS
BAHAN-BAHAN:
600gm mentega
600gm tepung gandum
150gm gula
1 biji putih telur
3 biji kuning telur
120gm susu tepung
1 sudu besar esen vanila

BAHAN UNTUK INTI:
4 Biji nanas
1 kg gula

CARA MEMBUAT:
• Untuk membuat inti, parut nanas dan masak dengan gula sehingga likat. Angkat dan sejukkan.
• Untuk membuat kulit tat, pukul telur, susu tepung, mentega dan gula sehingga kembang.
• Masukkan tepung dan uli hingga rata.
• Ambil sedikit doh dan tekan ke dalam acuan tat.
• Sapukan telur diatasnya dan bakar hingga keperangan.



SWEET COCONUT
BAHAN-BAHAN:
700gm tepung gandum
480gm mentega
290gm gula
100gm kelapa (tin)
4 sudu besar susu tepung
½ sudu kecil esen vanila
Sedikit pewarna hijau
Telur (untuk hiasan)
Gula berwarna (hiasan)

CARA MEMBUAT:
• Pukul mentega, gula dan esen vanila hingga rata.
• Masukkan susu tepung, tepung gandum, kelapadan pewarna. Uli hingga menjadi doh yang lembut.
• Terap dengan acuan pilihan.
• Sapukan telur dan taburkan gula hiasan di atasnya.
• Bakar hingga keperangan.



BISKUT BIJAN
BAHAN-BAHAN:
600gm tepung ubi (digoreng)
300gm santan pekat (dimasak)
200gm gula pasir
4 biji kuning telur
Telur (hiasan)
Bijan (hiasan)

CARA MEMBUAT:
• Pukul telur dan gula hingga kembang.
• Masukkan santan pekat dan kacau sehingga sebati.
• Tuang adunan telur kedalam tepung sambil di canai sehingga sebati.
• Biarkan kembang selama setengah jam ataupun sejam.
• Terap dansapukan telur diatasnya. Tabur bijan dan bakar hingga kekuningan.



BISKUT COKLAT MENTEGA
BAHAN-BAHAN:
250gm mentega
150gm gula
60gm susu tepung
80gm serbuk koko
1 sudu kecil mentega cair
Ceri (hiasan)
Gula berwarna (hiasan)
Mangkuk kertas

CARA MEMBUAT:
• Satukan mentega, gula dan mentega cair. Pukul hingga kembang.
• Masukkan tepung gsndum, susu tepung dan serbuk koko. Kacau hingga rata dan menjadi doh yang lembut.
• Tekan dengan acuan kedalam mangkuk kek. Hiaskan dengan ceri dan gula berwarna. Bakar hingga masak.



BISKUT MENTEGA POKADOT
BAHAN-BAHAN:
500gm tepung gandum
350gm mentega lembut
200gm gula aising
3 biji telur
Sedikit esen vanila
Ceri merah

CARA MEMBUAT:
• Gula dan mentega di pukul hingga sebati. Tetapi jangan terlalu lama.
• Masukkan tepung dan telur, kemudian uli hingga sebati.
• Masukkan beberapa titik esen vanila dan uli lagi.
• Selepas menjadi doh yang lembut, bentukkan mengikut acuan pilihan.
• Hiaskan ceri di atasnya. Bakar hingga kekunigan.



BISKUT COKLAT CIP
BAHAN-BAHAN:
200gm mentega lembut
270gm gula
240gm gula perang
3 biji telur
15gm garam
400gm tepung halus
400gm coklat morsel
130gm walnut (cincang)
300gm coklat serbuk
Sedikit serbuk penaik

CARA MEMBUAT:
• Campurkan mentega, gula, gula perang dan garam. Gaul hingga sebati.
• Apabila lembut masukkan tepung gandum, serbuk penaik, serbuk coklat dan coklat morsel. Uli hingga menjadi doh yang lembut.
• Akhir sekali masukkan walnut cincang. Gaul rata.
• Bentukkan menjadi bulat dan leperkan.
• Bakar lebih kurang 15 minit.



BISKUT BADAM
BAHAN-BAHAN:
500gm mentega
150gm gula
4 biji telur
200gm kepingan badam
600gm tepung

CARA MEMBUAT:
• Campurkan gula dan mentega. Pukul perlahan sehingga sebati.
• Masukkan telur sedikit demi sedikit sambil dipukul hingga rata.
• Apabila campuran sebati, masukkan tepung dan gaul rata.
• Kemudian uli hingga sebati.
• Akhir sekali masukkan badam dan gaul lagi.
• Terap ikut acuan kesukaan. Bakar hingga keperangan.



BISKUT DAM
BAHAN-BAHAN:
350gm mentega
200gm gula kastor
4 biji putih telur
450gm tepung gandum
Esen vanila
Sedikit serbuk coklat

CARA MEMBUAT:
• Gaulkan mentega, gula kastor dan telur. Pukul hingga kembang.
• Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil digaul sebati.
• Bahagikan adunan kepada dua bahagian.
• Satu bahagian diwarnakan dengan serbuk coklat.
• Bentukkan adunan menjadi beberapa jejari empat segi panjang.
• Lekatkan dua jejari, satu coklat dan satu lagi kuning diatas sehelai plastik lembut.
• Kemudian letakkan dua lidi atasnya dengan diselang selikan warnanya.
• Balut adunan dengan plastik secermat mungkin.
• Pastikan ia melekat. Buat sampai habis.
• Masukkan kedalam peti sejuk lebih kurang setengah jam.
• Keluarkan dan potong dengan menggunakan pisau yang tajam.
• Bakar hingga kekuningan.

Friday, July 9, 2010

PELBAGAI PETUA


ATASI KULIT KEDUT DENGAN LOBAK MERAH
· Ambil lobak merah dan di parut, campur dengan sebiji kuning telur dan sesudu besar tupung jagung. Bahan ini dijadikan masker pada muka. Sapukan sebelum tidur. Biar kering dan bilas apabila kering.
LEMBUTKAN TAPAK TANGAN DENGAN BAWANG
· Meramas bawang merah yang sudah dikupas kulitnya. Air bawang itu berkesan melembutkan tapak tangan.
MENGHILANGKAN BULU ATAS BIBIR
· Mudah saja, sapukan campuran perahan limau nipis dan gula pasir ke bahagian yang berbulu. Urut bahagian tersebut agar bahan mudah meresap ke kulit. Lakukan setiap hari.
HILANGKAN SAKIT KEPALA DENGAN BANTAL LEMUJI HIJAU
· Sakit kepala boleh dihilangkan dengan mengambil lemuji hijau ke dalam sarung bantal. Tidur di atasnya 2 3 hari. Sakit kepala akan hilang dan anda akan berasa segar.
ATASI BENGKAK USUS DENGAN KUNYIT
· Kunyit di kisar halus, sedikit garam, sedikit gula merah dan sedikit perahan air limau. Campurkan bahan di dalam gelas air suam dan minum. Amalkan selalu.
HENTIKAN PENDARAHAN DENGAN TEMBAKAU
· Terapkan pada luka dan jangan di kenakan air. Tembakau juga boleh digunakan untuk menanggalkan lintah atau pacat yang mengigit dan menghentikan pendarahan akibat dihisap lintah.
RAWAT PANAU DENGAN LENGKUAS ATAU HALIA
· Lengkuas atau halia dikisar ambil airnya. Sapu bahagian panau. Boleh juga bahan ini kedua-duanya di campur.
DAUN SIRIH HENTIKAN HIDUNG BERDARAH
· Ambil daun sirih digulung dan disumbatkan ke dalam hidung yang berdarah. Darah akan segera berhenti.
MERAWAT SENGUGUT DENGAN PINANG BAKAR
· Gunakan pinang tua yang dibakar hangus dan tumbuk halus. Campur dalam segelas air dan minum. Minum selama haid datang.
PUCUK JAMBU BATU RAWAT CIRIT BIRIT
· Rendam pucuk jambu batu dalam segelas air panas campur sedikit garam bagi tujuan melayukan daun dan menghilangkan kotoran. Selepas itu kunyah pucuk jambu sekerap yang boleh. Hasilnya melegakan.
KELAPA GADING UNTUK RAWAT BUASIR
· Menggunakan kelapa gading iaitu kelapa berwarna kuning. Bakar atau panaskan hujungnya dan tekapkan kapada bahagian buasir. Lakukan berulang kali sehingga rasa selesa. Jika sudah sejuk panaskan kembali.
BUANG KOLESTROL
· Untuk mengatasinya amalkan minum perahan jus lemon yang dicampur dengan satu sudu teh minyak zaitun setiap hari dan sebelum memakan makanan berkolestrol tinggi. Campuran ini juga boleh membuang lemak bagi mengatasi kegemukkan.
BERAS MEMBERSIHKAN BOTOL SUSU
· Untuk membersihkan botol susu masukkan sedikit beras dan goncang dengan air panas atau air suam, hasilnya botol tidak hanya bersih malah kelihatan bersinar.
BERSIHKAN PERIUK BERARANG DENGAN TEPUNG GANDUM
· Untuk mencuci periuk atau kuali berarang gunakan tepung gandum yang di campur dengan sedikit air dan beras menggunakan sabut kelapa.
MEMBUAT KEK COKLAT BERKILAT
· Ketika krim coklat itu hampir masak masukkan sedikit mentega atau marjerin dan sapukan ke permukaan kek.
MENCEGAH SUDU BERKARAT
· Ambil sedikit cuka atau secubit garam dan sebesen air. Rendam sudu, garpu, gunting, pisau semalaman.
TEPUNG TIDAK BERULAT
· Tepung yang dibeli di ayak dahulu dan simpan di dalam bekas kering kedap udara. Sompan di tempat yang kering.
MELEMBUTKAN SOTONG KERING DENGAN AIR ABU ATAU KULIT DURUAN
· Rendam dalam air abu. Caranya ambil abu tanah bakar. Rendam selama setengah jam hingga satu jam sampai sotong kering itu lembut.
· Satu lagi cara ialah menggunakan kulit durian yang sudah dikeringkan. Kulit durian itu dijadikan serbuk dan rendam bersama dengan sotong kering.
GULA TIDAK CAIR
· Bagi mengatasinya letek sekeping roti di dalam bekas gula. Roti ini akan menyerap kelembapan.
TOMATO CEPAT BUSUK
· Jika tidak mempunyai peti ais, simpan dalam satu bekas yang kering dan jangan di tutup. Tomato jangan di basuh sebelum di simpan dan jauhi dari sinar matahari. Ia dapat bertahan selama beberapa hari.
TEPUNG GANDUM ELAKKAN EPAL MENJADI KERING
· Merendam dengan air garam dan satu lagi cara ialah merendam epal dalam bancuhan tepung gandum ketika menggaulnya guna senduk kayu, jangan menggunakan tangan.
MERATAKAN GARAM UNTUK KEREPEK
· Untuk mengatasinya garam dimasukkan ke dalam minyak menngoreng. Ini akan memastikan rasa masin pada kerepek adalah sama.
KICAP DAN GARAM JIKA TERKENA MINYAK PANAS
· Sapukan kicap dan garam pada bahagian melecur. Boleh juga menggunakan majerin atau ubat gigi.
JARI TELUNJUK TENTUKAN RASA MASIN ATAU TIDAK
· Cara paling mudah ialah menggunakan jari. Celup jari telunjuk anda ke dalam kuah. Jika kuah tidak meleleh maknanya cukp masin. Jika jari terasa perit bermakna masakan terlebih garam.
GARAM HILANGKAN PIJAR TANGAN
· Menghiris dan memegang cili pasti tangan akan terasa pijar. Bagi mengatasinya sapu tangan dengan garam biarkan selama 2 minit kemudian basuh.

MEMBENTUK, MENGHITAM DAN MELEBATKAN BULU KENING
· Buah keras di bakar sehingga hangus. Gunakan lidi atau berus kecil sapukan serbuk buah keras itu kepada bahagian bulu kening. Selain orang dewasa ia juga boleh juga dilakukan pada bayi supaya besar nanti mempunyai bulu kening yang cantik dan lebat.
MEMBENTUK LESUNG PIPIT DENGAN DAUN BETIK
· Caranya, daun betik tua ditumbuk lumat dan perah jusnya. Sapukan hampas daun betik itu kebahagian pipi yang di kehendaki. Lakukan setiap hari selama sebulan dan lihatlah hasilnya.
MENGATASI BOTAK DENGAN BUAH KERAS DAN MINYAK ZAITUN
· Buah keras dibakar hingga hangus dan tumbuk. Campurkan dengan minyak zaitun. Sapukan pada bahagian yang tiada rambut dan diurut-urut. Lakukan 2 minggu berturut-turut pagi dan malam. Jika akar rambut belum mati, rambut akan tumbuh semula dibahagian botak.
MENGHILANGKAN TAHI LALAT
· Menggunakan nanas muda dan limau purut. Bahan ini dikisar dan diambil airnya dan sapu pada tahi lalat yang tidak di ingini. Lakukan 2 atau 3 kali sehari dalam tempoh beberapa hari, tahi lalat akan tanggal dari kulit.